Tawaran Kerja Indah Khabar Dari Rupa? Sah Korang Sudah Ditipu - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tawaran Kerja Indah Khabar Dari Rupa? Sah Korang Sudah Ditipu - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 17, 2016
pada 5:22 AM

Bila korang search kerrja kosong tertarik dengan satu kekosongan ni. Bila baca job skop dia dengan benefits semua macam best je. Rasanya memang ini lah kerja yang dicari selama ni dan rasa yakin yang kerja ni terbaik. Rasa macam tak sabar nak pergi temuduga dan nak buat sehabis baik agar dapat kerja yang dimahukan. Iyelah, kadang-kadang apa yang terpampang dekat iklan tu dengar macam wow hebat betul! Dengan semua janji yang diorang taburkan, betul tak?

 

 

Jadi korang pun terima tawaran kerja dan terus bekerja di sana. Hari pertama mungkin semuanya masih okay lagi, tapi bila dan seminggu dua bekerja perasan yang ianya indah khabar dari rupa. Kerja korang, tempat kerja, colleagues, semuanya tak padan dengan apa yang majikan katakan sewaktu temuduga mahupun di iklan kerja. Pastinya, korang sudah menjadi mangsa tawaran kerja palsu! Korang boleh fight balik jika terjadi sebegini. 

 

Apa itu tawaran kerja palsu?

"Tawaran kerja palsu" bukannya bermaksud yang korang ditawarkan kerja palsu ataupun jawatan yang tidak wujud. Ianya bermaksud yang majikan bersalah dalam menawarkan kerja dengan berikan harapan palsu atau ikut terma orang muda sekarang, 'Sembang kencang.' Sebenarnya kes dia sama juga seperti jobseeker yang janjikan itu ini kata diri dia lah claon yang paling layak semua kemahiran dia ada, dan tengok-tengok rupanya indah khabar dari rupa je. 

Kalau tipu kecil-kecilan "white lies" yang diberikan oleh majikan, ianya tidak boleh diambil tindakan mengikut undang-undang. Tetapi, kalau memang janji itu tersasar jauh korang berhak untuk ambil tindakan. Pada awalnya kata korang ditawarkan kerja untuk jawatan A, dalam kontrak pun kata jawatan A, bila dah masuk bekerja tiba-tiba je diorang sesukahati ubah ke jawatan B yanng memang bukan bidang korang. Itu salah tau! 

 

Petanda yang korang ditawarkan kerja palsu

Adakah iklan kerja tu macam terlampau menarik sangat sampai tak masuk akal? Ini adalah petanda pertama yang korang mungkin terjerat dalam penipuan kerja. Keduanya adalah apabila sewaktu temuduga, majikan itu sembang kencang janjikan yang job skop adalah sebegini dan mereka katakan kerja ini memang senang gila. Manfaat pun berderet-deret, tetapi apabila kita tanya adakah akan ditulis dalam kontrak kerja, mereka tidak mahu letakkannya. Itu memang sah korang sudah ambil tawaran kerja yang palsu.

Bukan itu je, dalam segi tempat kerja, majikan katakan yang office ini senyap , akan dilengkapi dengan PC yang canggih, lengkap dengan segala software updated tetapi apa yang korang dappat adalah kawasan kerja yang sangat riuh dan meja pun daif hanya ada destop tahun 2000. Hmmm.

 

Hak sebagai pekerja

Jika rasakan yang korang sudah ditipu, koraang layak atau punyai hak untuk berbincang dengan majikan. Mereka perlu penuhi segala janji-janji mereka. Lakukan dalam bentuk bertulis segala deficiencies (janji yang hanya tinggal janji) yang korang mahu mereka ubah.

Majikan korang boleh cuba untuk berunding dan berikan tawaran kerja yang lebih kurang sama dengan apa yang mereka janjikan. Paling kurang pun win-win situation. Jika korang rasa cukup dengan apa yang mereka berikan, maka okay lah. Tetapi kalau rasa masih tidak cukup, korang boleh cuba untuk nak saman syarikat tersebut atas pemalsuan kerja. 

 

Elakkan dari tertipu

 

Korang boleh kurangkan risiko daripada terkena jawatan kerja sebegini dengan menjadi job seeker yang smart. Penting sangat untuk korang reserach dahulu mengenai company tersebut dan lihat jika ianya indah khabar dari rupa dan adakah ianya benar atau tidak. Tanyakan segala maklumat yang korang mahukan sebelum menerima tawaran kerja tersebut. Pastikan ianya dalam bentuk bertulis agar senang untuk dijadikan sebagai bukti kukuh. Ingat ya jangan terjerat dalam penipuan kerja. Selamat maju jaya semuanya!