Langkah-Langkah Untuk Pastikan Pekerja Baru Tak Cabut Lari - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Langkah-Langkah Untuk Pastikan Pekerja Baru Tak Cabut Lari - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 18, 2016
pada 3:30 AM

Merekrut pekerja baru ini sebenarnya satu tugas yang mencabar dan tanggungjawab yang sangat besar. Ini kerana ianya melibatkan pelaburan syarikat. Secara puratanya, syarikat melaburkan 20% semata-mata untuk mendapatkan calon bersetuju dan tandatangan kontrak kerja.

Kemudian, selepas sahaja mereka diambil bekerja, ianya tidak hanya berhenti di situ. Syarikat masih perlu melabur dalam menyediakan peralatan atau software serta gadget yang boleh buatkan mereka rasa seronok dan bersemangat untuk terus bekerja. Ianya memang satu pelaburan yang besar. 

 

 

Tetapi ada caranya untuk membuatkan pelaburan korang itu tidak mengecewakan. Nak tahu macam mana cara yang berkesan? Baca ini:

 

Sebelum mengambil mereka bekerja

Pekerja yang baru je masuk bekerja dan tiba-tiba sahaja berikan notis mahu letak jawatan, ini mesti sebab utamanya expectation mereka terhadap kerja itu memang tersasar jauh. Ini bermaksud yang korang sebagai recruiter telah salah membuat pilihan. Gunakan sosial media untuk tonjolkan bagaimana keadaan di tempat kerja. Pamerkan yang korang ini adalah syarikat yang mengamalkan transparency!

Korang boleh cuba buat video pendek tunjukkan kesemua pekerja, ataupun 'insider views' dalam company itu sendiri. Sebegini, jobseeker tidak akan rasa ditipu. Mereka akan membuat pilihan yang tepat dan tidak hanya mendengar dari mulut orang lain.

Cara sebegini akan buatkan expectation mereka sama sahaja seperti yanng ditonjolkan, tidak ada expectation tinggi ataupun luar jangkaan. Cara ini lah yang akan membuatkan pekerja baru rasa puas dengan kerja dan tidak seperti telah ditipu.

 

Selepas mereka diambil bekerja

Gunakan onboarding program- iaitu suatu program untuk mendapatkan info info atau maklumat mengenai pekerja baru. Pasangkan mereka dengan seorang mentor yang boleh membimbing mereka selok belok atau apa sahaja yang mereka mahu tahu mengenai company itu. Ianya mungkin nampak remeh tetapi sangat lah berguna. Program ini boleh membimbing mereka. Macam hari pertama sudah semestinya tidak tahu mahu lunch di mana kan? Inilah masanya mentor mainkan peranan!

Hantarkan emai segala maklumat yang mereka perlu tahu juga boleh cuba berikan email kepada seluruh pekerja untuk maklumkan ada pekerja baru di department sekian-sekian dan sertakan nama mereka. Ini akan buatkan kesemua pekerja sedar dan akan menyapa dan menyambut dia dengan baik. 

Pastikan ianya berterusan

Gunakan mentor sebagai orang tengah untuk bertanyakan sebarang soalan kepada pekerja baru. Jangan hanya kata orang hangat-hangat tahi ayam. Pada mulanya beriya ambil berat mengenai pekerja baru, lama kelamaan mentor hilang ke mana, onboarding program pun dah lama beku tak bergerak. Sentiasa melibatkan diri dalam progress pekerja baru.