Recommendation Letter Ini Bakal Membantu Korang Dapatkan Kerja. Tahu Tak? - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Recommendation Letter Ini Bakal Membantu Korang Dapatkan Kerja. Tahu Tak? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 27, 2016
pada 10:43 AM

Tahu tak apa itu recommendation letter? Rugi kalau korang tak pernah nak ambil tahu, sebabkan sehelai kertas ini lah dia akan naikkan lagi peratusan korang bakal diterima bekerja. Recommendation letter ini adalah di mana bekas majikan berikan recommendation kepada bakal majikan mengapa perlu pilih korang untuk jawatan yang ditawarkan.

Dengan persaingan yang sengit dalam mencari kerja, kadang-kadang resume yang hebat sahaja tidak memadai. Jadi korang perlukan approach lain dan yang lain tak bukan adalah dengan sertakan recommendation letter dari bekas majikan korang. Ataupun jika korang baru sahaja berjinak mahu mencari kerja pertama, korang boleh dapatkan recommendation letter daripada pensyarah yang korang kenal. 

Tapi masalahnya di sini ialah bagaimana nak minta mereka untuk tuliskan recommendation letter yang terbaik dan cakap yang baik-baik je pasal korang? Korang risau iyelah mana tahu kalau dia sanggup untuk tuliskan recommendation letter tetapi rupanya dia senaraikan kesemua perangai buruk korang dan bakal majikan yang baca pun sudah tentu lah akan reject korang. 

Rasa nervous untuk nak minta recommendation letter ni perkara biasa sebenarnya. Iyelah sebab kta tak tahu kalau dalam diam rupanya bos ada perasan benci ke apa ke kan pada korang? Kalau korang nak tahu, sebenarnya majikan tidak ada masalah kalau korang minta dia tuliskan recommendation letter. Mereka amat berbesar hati untuk lakukan sedemikian kerana ianya juga ada beri manfaat pada pihak mereka. Win-win situation!

Kalau korang berniat untuk nak minta bekas majikan atau pensyarah ke, supervisor, mentor atau sesiapa sahaja lah untuk tuliskan recommendation letter buat korang, gunakan pendekatan sebegini:

 

1.  Tanya je soalan terus

Betul, daripada korang berdiam diri dan teragak-agak nak minta baik lah korang terus je tanya kepada mereka jika tidak keberatan untuk tuliskan satu. Ramai sebenarnya pelajar atau pekerja tidak kira lah sesiapa takut untuk nak mulakan soalan. Okay, korang sebenarnya ramai je yang minta buat sedemikian ianya bukan satu kesalahan ataupun menyusahkan mereka. 

Tak perlu nak rasa bersalah dan meminta maaf sebab susahkan mereka kerana korang memang perlukan recommendation letter tu. Mereka pun berbesar hati untuk nak beri korang first impression yang bagus pada bakal majikan.

 

2.  Berikan butiran yang jelas

Korang dah tanyakan soalan kan mengenai recommendation letter? Okay bagus! Sekarang korang perlu berikan pada mereka maklumat yang jelas apa yang korang mahukan dalam surat itu. Jangan hanya cakap nak recommendation letter je. Jelaskan pada mereka apa point-point yang mungkin membantu korang dalam dapatkan kerja.

Sebagai contoh jika korang meminta kerja dalam sesuatu bidang yang khusus, beritahu pada mereka mungkin mereka boleh letakkan kemahiran atau pengalaman yang korang pernah lakukan yang selari dengan kerja yang dimohon. Katakan sebegini, " Saya amat berbesar hati awak sudi membantu saya tuiskan recommendation letter,, ianya amat membantu jika awak boleh mention jawatan pernah saya sandang, atau pernglibatan saya dalam sebarang program."

 

3.  Bersedia untuk tuliskan surat itu sendiri!

Okay lah jujur cakap kadang-kadang majikan ataupun pensyarah ni sibuk orangnya dengan jadual yang padat. Kadang-kadang mereka akan suruh orang lain atau pekerja lain untuk tuliskan bagi pihak mereka tetapi ianya mengambil masa. Jadi korang perlu bersedia untuk tuliskan ianya sendiri. Katakan pada mereka jika mereka sibuk, adakah possible untuk korang tulis sendiri? 

Kalau mereka tidak keberatan, korang tulis je sendiri dan pastikan ianya formal dan tidak melebih-lebih seperti angkat bakul sendiri pula. Bila dah siap, datang kembali dan minta mereka untuk tandatangan surat itu sebagai pengesahan. Sudah semestinya lah mereka akan baca dahulu untuk nak semakkan, tetapi ianya bukan satu masalah.

Okay sekarang korang dah boleh bersiap-sedia dengan recommendation letter ya. Selamat maju jaya!