Macam Mana Nak Yakinkan Juga Majikan Agar Terima Walaupun Korang Overqualified? - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Macam Mana Nak Yakinkan Juga Majikan Agar Terima Walaupun Korang Overqualified? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 28, 2016
pada 10:12 AM

Artikel kali ini khas ditulis buat jobseeker di luar sana yang sudah mempunyai pengalaman kerja yang tak kurang hebatnya. Kerana kami tahu pembaca kami ni bukan hanya bertumpu pada fresh graduate sahaja kan? Okay jom kita berbincang mengenai overqualified untuk sesuatu jawatan atau kerja.

Apa itu overqualified? Ianya secara am adalah mereka yang pernah menyandang jawatan eksekutif atau jawatan professional dan memohon jawatan yang biasa-biasa dan jauh lari daripada kelayakan korang yang hebat tu. Korang telah cuba memohon kerja lain tetapi semuanya sukar.

Korang masih lagi tak menyerah kalah, maka korang pun cuba memohon jawatan kerja yang lebih rendah jika dibandingkan dengan penngalaman serta kelayakan korang. Korang ingat mungkin tuah berpihak pada korang tapi masih lagi sama. Kenapa sukar sangat nak dapatkan kerja walaupun sebenarnya kelayakan korang ni tinggi?

Korang sebenarnya overqualified untuk jawatan yang dimohon. Kerana itulah sukar untuk dapatkkan kerja. Jadi bagaimana nak dapatkan kerja jika korang ni overqualified?

 

1.   Jangan hantar resume dulu

Jangan terus hantar resume ke tempat yang korang nak mohon tu. Sekali pandang je terus recruiter akan reject korang kerana terlebih qualified sangat untuk jawatan tu. Tak kan lah mereka langsung tak nak fikir dahulu atau pertimbangkan? Jarang, satu kerana mereka risau yang korang akan demand gaji lebih tinggi daripada yang ditawarkan. Iyelah kelayakan korang tinggi metilah nak gaji yang berbaloi kan?

Keduanya, mereka risau kalau korang ni mohon kerja sebagai back-up je. Nanti kalau daapat kerja yang tinggi dan bersesuaian mesti korang reject kerja ni. Ini akan membuang masa diorang je sebab ramai lagi yang mahukan kerja ni. 

Cara terbaik buat korang yang dalam kategori ini adalah jangan terus hantar resume. Pergi terus ke company tersebut dan bertanyakan mengenai kerja kosong. Jangan hantar resume, tetapi berbual dahulu dengan recruiter tersebut. 

 

2.  Yakinkan pada bakal majikan yang korang ni bernilai

Selepas korang dapat tahu  maklumat yang secukupnya mengenai company serta posisi kerja, cuba bayangkan bagaimana nak sesuaikan kelayakan korang dengan kerja itu. Korang kena pandai tonjolkan kemahiran yang adaa yang boleh digunapakai untuk company itu.

Jangan tumpukan pada nama jawatan yang lepas-lepas tetapi fokus pada kemahiran yang korang ada. Untuk segala kemahiran high-level yang mungkin tidak diperlukan tak perlu lah untuk korang letakkan dalam resume tu.

 

3.  Gunakan strategi terbaik dalam menulis resume

Lama kelamaan korang kena juga bagi resume pada recruiter. Tapi korang kena customize resume tu jangan hantar yang sedia ada tu. Ubah sedikit dengan highightkan pada kemahiran kerja, Bagi jawatan kerja terdahulu tu tak perlu nak letakkan di paling atas. Kalau boleh cuba untuk letakkan di bawah sahaja dan tidak perlu terlampau obvious. 


4.  Katakan bahawa korang boleh asah pekerja berpotensi

Sewaktu interview, jika bakal majikan rasa ragu-ragu dengan kelayakan korang tu katakan sahaja pada mereka yang korang ni berbaloi untuk diambil bekerja. Katakan yang korang mampu untuk mengasah bakat pekerja yang mempunyai potensi untuk memajukan diri. Sebab korang ada kemahiran sebegitu dan juga pengalaman kerja yang hebat kan? 

Ini secara tak langsung memberitahu pada majikan yang korang ini boleh mmebantu memajukan syarikat dan melahirkan pekerja yang bermutu.

 

5.  Soalan cepumas

Akhir sekali soalan yang ditunggu-tunggu untuk ditanyakan oleh majikan adalah " Awak tak rasa malu ke untuk nak terima kerja yang remeh-temeh macam ni? Awak ni berkelayakan tinggi tak setanding jawatan ini pun". 

Okay ini lah masanya untuk korang nak pamerkan bakat terpendam! Jangan sesekali cuab untuk jawab " malu tu memang lah ada, tapi nak buat macam mana saya nak kerja sangat." 

Takkan lah soalan macam ni pun kena ajar. Korang katakan yang ianya satu honour jika diberika kerja. Katakan yang ianya adalah satu proses pembelajaran buat korang untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan cara positif. Pasti majikan pun akan cair lah!