3 Fasa Pasti Cetus Kelainan Terhadap Masa Depan Kerjaya Korang! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

3 Fasa Pasti Cetus Kelainan Terhadap Masa Depan Kerjaya Korang! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 30, 2016
pada 9:08 AM

Bekerja sebab nak penglaman atau hanya semata-mata nak gaji setiap hujung bulan?Mesti lah nak tengok hasil yang berguna di masa depan nanti. Belajar teruk-teruk, kerja memanjang tanpa hala tuju tak guna juga kan? Kerja yang mendatangkan suatu kepuasan, berharga & berkhidmat dengan organisasi yang best lah apa yang semua orang nak. Sebuah kerjaya. Takkan nak lompat tukar-tukar kerja memanjang, mesti lah nak kerjaya yang akan datangkan kestabilan pada diri & hidup korang. Tapi macam mana nak pastikan korang akan capai sebuah kerjaya yang diidamkan? Cuba bahagikan kehidupan kerjaya korang pada tiga fasa ni :

1. Permulaan Karier

Kebiasaannya, di fasa ini bila dalam lingkungan umur 20an atau 30an. Di fasa ini lah semuanya baru, korang rasa terlebih excited sebab dapat timba pengalaman kerja, gaji sendiri, jumpa orang baru setiap hari & banyak lagi. Melaluinya lah korang akan dapat discover kekuatan dalam kerjaya sendiri. Dalam fasa ini juga korang tak terlepas untuk melakukan kesilapan & proses pembelajaran sangat aktif waktu ni. Terasa macam dekat sekolah kan, kena belajar semula benda baru tapi ianya normal di awal pembangunan kerjaya korang.

2. Pertengahan Karier

Pada pertengahan fasa kerjaya korang dalam lingkungan umur lewat 30an hingga awal 50an. Korang dah mula stabil dengan kerjaya, kemahiran & mungkin dah temui minat dalam bidang tertentu. Korang dah boleh faham bagaimana tonjolkan kemahiran & established kan diri. Waktu ni lah paling seusai untuk kukuhkan lagi kekuatan korang terhadap sesuatu bidang tapi tetap konsisten belajar keluar dari zon selesa korang.

3. Pengakhiran 

Walaupun dah mencecah umur 50an & mungkin tempoh perkhidmatan korang hanya berbaki 20 tahun lagi, korang tak seharusnya maintain je kemahiran yang ada. Amat penting untuk korang sentiasa update dengan kemahiran yang ada melalui perhubungan dengan orang lain ataupun profesional dalam bidang yang sama. Pada tahap yang terakhir ni, korang akan faham daya tahan relevan yang perlu ditingkatkan dalam bidang kerjaya korang. Explore lagi & perluaskan networking dengan pelbagai pakar ataupun orang lain akan sentiasa memajukan diri korang untuk tidak ketinggalan dengan arus pemodenan yang berlaku.