Selain Peluang Terhad, 5 Faktor Ni Penyebab Utama Susah Nak Bertukar Kerjaya, Renungkan! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Selain Peluang Terhad, 5 Faktor Ni Penyebab Utama Susah Nak Bertukar Kerjaya, Renungkan! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 31, 2016
pada 3:18 AM

Kerja dah bertahun-tahun tapi tak happy dengan kerjaya sekarang ni, dah cuba macam-macam untuk pulihkan keadaan tapi masih sama. Tertekan dengan persekitaran pejabat yang terlampau sempit bagi korang, coworkers yang tak henti-henti bagi kerja sampaikan kerja sendiri tak menyempat nak buat. Tak cerita lagi bos.. Burn out teruk sekali setiap hari balik dari kerja.

Lama-kelamaan dah jadi macam robot. Hari-hari pergi kerja, merungut je ketidak puas hati kerja, tapi tak juga ambil langkah untuk cari kerja lain. Kenapa ye agak-agak? Ini antara 5 faktor mengapa :

1. Risiko terlalu menakutkan

Takut nak cari kerja lain sebab tak nak ambil risiko di tempat kerja baru? Nanti kena mula kenal orang baru, suaikan diri dengan persekitaran baru & banyak lagi. Cuba flashback balik waktu korang mula-mula nak kerja. Semua tu adalah risiko, pergi lah sejauh mana pun tetap akan ada risiko yang korang perlu hadapi. 

2. Penat gila belajar benda baru!

Tak dinafikan, belajar benda baru memang penat & kadangkala boleh buat korang cepat putus asa untuk teruskan pembelajaran ilmu baru tu. Korang takkan pernah rugi belajar perkara yang baru, sebab ianya dapat membantu dalam perkembangan kerjaya korang nanti. 

3. Terjerat tapi pulangannya terjamin

Senjata yang paling kukuh untuk pujuk hati supaya tahan dengan kerjaya yang sememangnya buat korang tak happy, Gaji tinggi, manfaat tambahan yang berbaloi & masa depan cerah sewaktu pencen nanti. Faktor ni membuatkan korang sanggup untuk menyeksa diri dengan persekitaran kerja yang sangat tak sihat untuk korang.  

4. Tak nak hampakan Mak Ayah

Terkongkong dengan kerjaya sendiri sebab nak banggakan mak ayah, kalau tak ikut nanti tak berkat. Kebanyakan dari orang-orang bekerjaya hebat ni, ramai yang mengikut kehendak mak ayah. Kalau korang sendiri tak happy dengan kerjaya pilihan mak ayah, tak salah untuk suarakan pendapat bagi pihak diri sendiri. Mak ayah takkan lah nak paksa korang buat benda yang tak kena dengan jiwa kan? 

5. Keterlanjuran dengan gaya hidup

Biasa sangat bila korang baru nak stabil dengan kerjaya tapi dah amalkan kehidupan yang mewah & belum setanding dengan kestabilan kerjaya waktu itu. Baru je mula kerja, dapat gaji tinggi, dah mula ikat diri dengan komitmen melambung mewah. Kereta baru, rumah sewa mahal & sebagainya. Bila dah kerja lama sikit, baru korang sedar ianya tak sesuai dengan jiwa. Waktu tu nak lari tukar kerja lain pun dah tak boleh sebabkan komitmen yang dah terikat.