Dengan Gaji Sehingga RM70 Sehari Serta Hostel Juga Disediakan, Jom Kerja Di QB Products Sdn Bhd - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Dengan Gaji Sehingga RM70 Sehari Serta Hostel Juga Disediakan, Jom Kerja Di QB Products Sdn Bhd - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 31, 2016
pada 4:08 AM

Nak tak kerja yang menawarkan bayaran dari RM50 sehingga RM70 sehari? Ada satu kerja kosong iaitu sebagai Factory Workers di QB Products Sdn Bhd yang terletak berdekatan dengan IKEA Damansara. Demi rezeki halal kerja pun kita tak boleh memilih kan? Apa salahnya kerja ini sebab tawaran gaji dia pun boleh tahan hebatnya, betul tak? Ianya memang satu tawaran yang menarik kerana penginapan buat pekerja juga disediakan jadi mudah lah buat anda semua dan boleh jimat belanja bulanan.

 

Factory Workers

Keperluan

  • Tidak perelukan sebarang kemahiran hanya perlu seorang yang bekerja keras
  • Tidak sewenang-wenangnya ambil cuti kerja tanpa sebarang sebab yang jelas

 

Tanggungjawab

  • Melakukan kerja production kilang
  • Kerja pemasangan outdoor
  • Fabrication work 

Manfaat tambahan

  • Over time akan dibayar jika perlu kerja lebih masa
  • Penginapan disediakan
  • Cuti pada hari cuti umum serta Ahad
  • Bayaran dari RM50 hingga RM70 sehari

 

Lokasi Pekerjaan

Kekosongan kerja ini adalah di Sunway Damansara Technology Park yang berdekatan dengan IKEA Damansara. Tidak perlu risaukan mengenai pengangkutan atau tempat tinggal kerana hostel akan disediakan oleh pihak kilang. Ianya akan meringankan beban serta menjimatkan belanja bulanan anda. Betul tak? Jadi apa kata cuba dahulu mohon?