5 Jenis "Monster Boss" Yang Akan Buatkan Bulu Roma Korang Meremang - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Jenis "Monster Boss" Yang Akan Buatkan Bulu Roma Korang Meremang - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 31, 2016
pada 7:43 AM

Korang baru je diterima masuk kerja. Dalam 2 hari lagi je lagi sebelum korang nak pakai suit serba lengkap dengan kasut kulit beresinar dan gayakan tag nama yang tertulis nama company. Fuh berdebar betul! 

Malam tu korang makan-makan dengan kawan nak sambut lah sebab baru dapat kerja kan? Boleh pula masa itu lah semua kawan-kawan nak cerita pasal perangai bos yang menakutkan. Daripada korang bersemangat nak masuk kerja terus rasa berdebar pula sebab semua cerita diorang tu memang scary betul! Wujud ke jenis bos macam yang diorang ceritakan tu?

 

Memang ada perangai bos yang bila dia dah mula naik amuk dia boleh kejar korang dari meeting room ke lobby dengan muka macam nak terkam je. Ada juga yang jenis suka campak-campak barang tanpa sedikit pun kisahkan mengenai maruah korang. Ini bukan cerita dongeng semata-mata.

Memang lah bukan semua bos macam tu, tapi siapa tahu sepanjang korang bekerja nanti akan ada sekali dua tersangkut dengan perangai bos yang sebegini. Jadi ini adalah beberapa jenis bos yang kena betul dengan apa yang kawan-kawan korang bualkan tu. Cuma kami letakkan dalam kategori yang memang padan betul lah. Aha! 

 

1.  Hantu Office

Pernah tak korang tengah elok-elok kerja senyap-senyap tanpa sebarang gangguan pun dan tiba-tiba je korang perasan ada mata yang sedang memerhati. Tak boleh jadi ni, sebab susuk tubuh dia tak nampak pula cumanya mata dia je. Takut betul! Ha ini lah jenis bos yang suka nak tinjau pekerja dia buat kerja dan buatkan korang timbul rasa takut sampaikan bulu roma pun meremang je bila dia ada dekat.

 

2.  Monster Hulk

Ada ramai pekerja yang pernah nampak depan-depan bos yang tak boleh nak kawal lagi marah dia dan terus sembur je macam tu. Waktu tu rasa macam dia bertukar jadi orang lain yang korang tak pernah kenal je. Jenis yang macam ni jarang sekali dia nak mengamuk tapi kalau sekali dia mengamuk memang habis lah korang. Diorang suka lihat pekrja dia dalam ketakutan sampai terketar-ketar, baru lah rasa macam ada sesuatu powewr sebagai bos!

 

3.  Ahli Sihir

Ini adalah jenis bos yang suka ingin tahu mengenai apa yang terjadi dan akan gunakan itu sebagai kelemahan korang. Diorang lagi suka kalau kesemua maklumat peribadi korang tu dalam genggaman korang dan bila-bila masa je diorang boleh gunakan ikut suka diorang. Kalau diorang ada suruh korang buat sesuatu, dan kalau korang tak nak haa waktu ini lah diorang gunakan kepakaran ahli sihir tu untuk nak tundukkan korang. 

 

4.  Zombi

Pernah tak korang nampak manusia dengan mata merah dan muka dia ketat semacam je dalam office? Itu lah bos zombi! Mereka ni suka habiskan masa kalau boleh nak terus tidur je dekat office. Kerja tanpa henti dan juga suka lakukan meeting yang tak berkaitan sangat pun. Baru pagi pun muka dah nampak macam separuh mati, macam " bos awak tak tidur berapa hari dah?" 

 

5.  Vampire hidup

Ini adalah bos yang pada mulanya korang nampak macam tak ada masalah je tapi lama kelamaan korang perasan yang dia ni jenis gunakan tenaga korang sampai kering. Bos jenis vampire ni akan kerah tenaga korang sampai tahap maksima, suruh korang buat kerja tanpa henti dan akhirnya nanti mereka yang ambil semua kredit atas nama korang. Jaga-jaga!

Dah faham semua jenis bos?

Memamg lah korang berhak untuk mendapatkan bos yang jenis ambil berat pasal korang dan tolong korang untuk memajukan diri. Dan korang juga berhak untuk bekerja di tempat yang bagus.

Tetapi berhadapan dengan perangai bos yang sebegini boleh mengajar korang erti kesabaran dan kental diri. Ini juga akan menguji tahap leadership korang to the next level.