5 Jenis Office Mates Yang Bab Minta Duit Je Dah Terus Menyorok Bawah Meja - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

5 Jenis Office Mates Yang Bab Minta Duit Je Dah Terus Menyorok Bawah Meja - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Nov 1, 2016
pada 3:47 AM

Sebagai office mates akan ada masanya korang akan buat makan satu office secara besar-besaran. Kalau tak pun mesti pernah ada timbul situasi di mana kesemua office mates kumpul duit nak belikan hadiah buat colleagues yang sambut hari jadi ke atau baru je mendirikan rumah tangga dan juga kalau dapat baby ke kan? Tak kan lah colleagues sendiri korang nak buat bodoh kan tak bagi apa-apa hadiah? Nampak sangat tak berapa nak peramah.

Bila ada situasi macam ni, kadang-kadang rasa macam "krik-krik" sangat bila nak suruh orang hulur duit. Walaupun sekecil mana pun nilai dia tapi mesti ada punya office mates yang jenis liat nak turut sumbang. Kalau lah korang yang dipertanggungjawabkan untuk kumpul duit dan belikan hadiah, dah mati akal nak guna cara apa kan?

Ni adalah jenis-jenis office mates yang liat betul bila bab duit:

1.  Cadangkan untuk beli barang yang murah-murah je

Korang baru dapat client baru yang bernilai dalam company tu. Jadi korang bercadang nak beri hadiah berbentuk hamper atau apa-apa sahaja yang melambangkan company korang tu amat menghargai mereka. Fikir punya fikir korang pun bercadang nak belikan hamper makanan. Maklumkan pada officemates semua, dan mula lah ada segelintir suara-suara belakang tadbir ni cakap "tak boleh beli barang yang murah je ke? Membazir lah bukannya kita yang makan pun."

Hmm pernah tak terjadi macam ni? Habistu tak kan lah nak bagi dia biskut kering sebungkus je? Lagipun bila dah kongsi sama-sama dengan semua orang kurang lah beban dia. Hadiah tu berapa lah sangat tak sampai beratus pun. Itu pun berkira sangat. Ish ish.

 

2.  "Ala birthday dia setiap tahun sambut. Boleh je bagi tahun depan"

Minggu depan hari jadi seorang officemate, semua orang tahu info itu sebab ada tertulis dekat kalendar company. Jadi tak kan lah nak  buat bodoh je? Busuk hati betul kalau macam tu. 

So korang pun ditugaskan untuk membeli hadiah. Adat lah officemates ni ramai kan jadi mesti lah hari jadi akan kerap ada sambutan. Apa salahnya dia pun merasa sambut hari jadi setahun sekali je. Kalau jenis colleagues yang berkira ni, nanti bila masa birthday dia orang lain pun dah tawar hati nak bagi hadiah tau. Kadang-kadang tu hanya nak berkongs belikan kek je, bukannya mahal mana.

 

3.  Tak nak split bil makan

Keluar makan lunch dengan officemates ni memang seronok. Sekali sekala je kan nak merasa makan sedap-sedap sikit dekat kafe dengan officemates semua. Bila masa nak order makanan tu memang lah best, huish semua orang order bermacam-macam. 

Dah selesai makan bila masa bil datang, mula lah ada yang buat-buat check phone dan abaikan je bil yang terdampar atas meja. Mungkin mereka mengharapkan orang lain dahulukan dulu. Ini ayat paling biasa sekali diorang pakai "Nanti aku bayar dekat office eh?" Haram... boleh jadi sampai bulan depan pun tak bayar-bayar.

Ataupun ada yang jenis bayar harga makanan dia tapi untuk GST dan Service Tax tu tak nak pun bahagi sama-rata. Mungkin nampak nilai kecil je tapi tak kan lah korang yang kena  tanggung ? 

 

4.  Minta sumbangan

Ada seseorang dalam office tu anak dia ada masalah kesihatan dan memerlukan pembedahan dengan kadar segera. Masalah utamanya adalah dia tidak mempunyai kewangan yang secukupnya. Sebagai colleagues  yang prihatin sudah tentu lah korang akan menolong sebaik mungkin dan salah satu caranya adalah buat sumbangan derma. 

Elok korang pergi kutip dari satu meja ke meja lain sampai ke satu officemate ni dia boleh berkira-kira dan beri alasan yang "aku bukannya rapat sangat dia tu. Buat apa nak tolong." Huish ini memang hebat betul alasan dia.

Sebagai manusia tak kan lah tak ada sikap humanity dalam diri tu? Kita tolong orang hari ni mana tau esok-esoknya dia pula tolong kita. Betul tak?

 

5.  Minta bayar duit pinjam macam minta sedekah je

Biasalah kalau keluar makan-makan ke dengan colleagues kan? Ataupun petang tu saja nak minum petang singgah kejap dekat kedai pastry nak merasa makan kek. Dia cakap dia tertinggal wallet dekat office so korang pun tak kisah lah untuk nak bayarkan dulu. Masalahnya dah berhari-hari pun masih lagi tak nak bayar. Korang mula-mula bagi hint je lah dulu itu pun dia tak makan. So cakap je lah direct boleh lagi dia buat tak tahu. Haihh

Kering lah poket kalau setiap kali ajak dia pergi makan mesti bagi alasan wallet tertinggal. Tapi nak juga beli makanan mahal-mahal. Ini lah apa  yang orang katakan kita yang bagi pinjam duit nak minta balik pula dah macam peminta sedekah pula nak kena merayu apa.