4 Etika Kerjaya Ni Dah Lapuk, Jadi Korang Langgar Je - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Etika Kerjaya Ni Dah Lapuk, Jadi Korang Langgar Je - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 1, 2016
pada 4:33 AM

Dalam setiap proses nak cari kerja, tak kisah lah cari kerja baru atau baru je nak mula melangkah ke dunia kerjaya mesti ada pendapat dari keluarga, kawan-kawan & sebagainya sebelum nak buat keputusan. Perkara yang sering jadi bualan selain daripada gaji adalah peraturan umum. 4 Peraturan kerjaya ni selalu jadi ikutan zaman dulu tapi sekarang ni korang tak ikut pun takpa :

1. Kerja di satu syarikat seberapa lama yang boleh

Zaman mak ayah kita dulu, kakitangan syarikat yang telah berkhidmat lama diberi kepujian yang tinggi sekali. Ada yang kerja sampai 20 hingga 30 tahun dengan syarikat, betapa setianya pekerja zaman dahulu kan? Berbeza pula dengan yang sekarang ni, nak berkhidmat lama dengan syarikat pun tak ramai. Korang tak perlu rasakan bahawa korang perlu kerja di sebuah syarikat dalam jangka masa yang panjang hanya sebab korang dah lama kerja di syarikat tersebut. Mempelbagaikan resume korang dengan pekerjaan di pelbagai syarikat boleh bantu korang untuk kembangkan rangkaian dan beri nafas baru ke dalam kerjaya yang bertakung.

2. Kekalkan kerjaya korang walaupun tak suka

Siapa je yang tak pernah ada kerjaya sampai buat korang menangis di malam ahad sebab nak masuk kerja keesokan harinya? Takkan lah tak pernah kan, mesti ada. Kalau betul-betul terseksa dengan kerjaya sekarang ni, korang kena betul-betul kaji balik, tanya diri apa puncanya. Adakah disebabkan boss atau coworkers yang tak boleh bedung teruknya ataupun mungkin korang dah rasa tak tercabar langsung dengan kerjaya korang? Selain daripada gaji bulanan yang buat mata terbeliak, kalau korang dah rasa macam kurang berguna, prestasi kerja pun macam dah biasa sangat, dah sampai masanya untuk cari peluang kerja baru.  

3. Apply position yang sesuai dengan kelayakan sahaja

Memang benar orang kata, mohon kerja yang sesuai dengan kelayakan je.Kalau nak resume kena buang dalam tong sampah haa sila lah buat kan, kira cukup bernasib baik lah sistem aplikasi kerja nak terima resume korang. Ramai antara Job Seekers mohon kerja pun tak semua kriteria kerjaya yang dimohon diorang ada betul tak? Mana ada boss expect korang pekerja baru untuk tahu semua benda, gila betul macam tu. Semua perkara pasti ada lekuk pembelajaran jadi korang tak semestinya kena mohon kerja yang betul-betul ikut kelayakan yang korang ada. 

4. Nak tukar bidang kena mula dari bawah

Takda masalah pun nak tukar bidang kerjaya korang, beralih citarasa. Perkara utama yang korang kena pertimbangkan sememangnya dah bertahun-tahun habiskan masa dengan kemahiran yang ada pada kerjaya yang sebelumnya. Jadi nak mula balik dengan bidang baru, korang akan rasa ralat nak mula dari bawah. Memang takda kaitan dengan kerjaya sekarang ni tapi korang boleh gunakan kemahiran kerjaya yang sebelumnya untuk bidang yang korang nak explore ni. Kalau pandai market & bawa diri confirm boleh go dengan bidang baru tu.