Perangai Palsu Kawan Kerja Yang Selalu Korang Jumpa. Naik Meluat! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Trending Semasa

Perangai Palsu Kawan Kerja Yang Selalu Korang Jumpa. Naik Meluat! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Nov 22, 2016
pada 1:50 AM

Kita dah kerja lama dalam satu syarikat ni. Dah anggap co-workers lain macam rakan sendiri. Perangai dan karenah mereka korang dah kenal dan masing-masing ada bermacam ragam. Tapi mesti ada sorang ni. Punya lah baik korang layan. Tapi dia macam tak puas hati dengan korang. Apa punca pun tak tahu, sejak dari mula korang bekerja memang tak suka. Padahal tak tahu salah apa dia. Tapi korang kena ingat. Jangan sesekali percaya orang dengan terlalu cepat. Kadang-kadang mereka boleh tikam belakang!

Orang begini anggap sahaja lah tak berminat untuk berkawan dengan korang, tak perlu paksa atau melawan. Banyak lagi co-workers lain yang bole bantu korang jika tak berapa faham sesuatu perkara tu. Kenapa nak menagih kan. Tak luak pun. Betul tak? Jadi di bawah ini membezakan antara co-workers sejati dan co-workers toksik :

 

 

1) Ambil kisah atau tidak? 

kalau co-workers sejati korang mesti akan caring pasal korang. Datang-datang kerja dan muka moody sahaja. Mesti tanya ada apa-apa masalahkah? Bukan mereka menyibuk. Tapi kalau dengan niat untuk membantu itu baguslah. Jenis toksik ini. Bukan kisah sangat pasal korang. Jika ada masalah dengan kerja pun tak nak membantu. Dah lah suka bermasam muka.

 

 

2) Senang naik marah. Patut atau tidak?

Tak susah nak menghormati orang. Jika co-workers sejati mesti akan hormat korang tak kira lah tua atau muda. Berlainan bangsa atau agama. Hal itu tidak menjadi masalah. Tapi jika co-workers yang toksik ni. Contoh situasi korang siapkan kerja mereka. Dan jika ada salah terus kena hentam dan marah. Dah lah tak hargai kerja kita. Kena marah pulak. Sabar je lah. 

 

 

3) Ada masa untuk korang atau tidak ?

Co-workers sejati akan fokus dekat korang. Macam mana tu? Yelah contoh dalam keadaan korang meeting atau perbincangan. Mereka akan memberi perhatian sepenuh nya, fokus dan membetulkan yang silap. Menyokong yang baik. Kalau jenis toksik ni. Dah lah tak ambil perhatian. Lepastu menunjuk isyarat yang mereka memang tidak berminat. Dah satu hal suka menang dalam keadaan. Sangat terkilan. Korang kena tegur. Tapi dalam cara yang elok.

 

 

4) Adakah korang dipergunakan ?

Mesti lah dalam waktu masuk office mereka akan memberi salam dan ucap selamat pagi. Kalau sudah lama tidak berjuma akan bertanya khabar. Setiap masa akan bertegur sapa. Ini baru betul co-workers sejati korang. Kalau yang jenis cari bila ada masalah. Baru cari korang. Kadang-kadang dah buat kerja mereka. Tetapi ucap terima kasih pun tidak. Memang menyakitkan hati. Tapi takpe lah, asalkan kita dalam in terms of bekerja. Kita lakukan sahaja walaupun kita tahu mereka toksik.

 

 

5) Cepat menilai seseorang?

Tidak kisah korang ni agama apa atau bangsa apa. Dengan siapa korang berkawan, dan bagaimana cari kehidupan korang. Tidak berapa kisah dan menerima korang seadanya. Mesti selalu jumpa jenis co-workers tak suka lihat korang berkawan dengan co-workers yang mereka sendiri tak suka. Kalau ada masalah dengan orang lain. Kenapa mahu babit kan korang sekali? Janji korang selesa berkawan dan tidak menyusahkan. Tidak mengapa lah kan.

 

 

6) Berbangga dengan kejayaan atau iri hati?

Dapat pujian dari bos dan co-workers lain berbangga dengan kejayaan korang lakukan. Atas usaha gigih dan semangat. Dapat juga korang buat sesuatu untuk di sumbang ke syarikat. Bukan mudah untuk berjaya. Tapi untuk yang suka 'kaki kipas' tu lain cerita ye. Okey berbalik kepada tajuk. Mesti ada sorang ni jenis pendengki dan iri hati diatas kejayaan co-workers lain. Mengapakah? Mereka tidak tahu betapa susah untuk sampai ke tahap ini. Jadi jangan pedulikan mereka.

Mesti jumpa kan perangai macam ni? kenapa nak pening-pening kisah. Biarkan mereka, dan korang lakukan kerja korang. Jadi takdelah sakit hati sangat kan. Bukan takde kawak lain pun nak berkawan. Asalkan tidak menyusahkan hidup korang pun takpe.