Ukur Tahap Kematangan Korang Dengan 5 Kriteria Ini & Cara Untuk Tingkatkan - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Ukur Tahap Kematangan Korang Dengan 5 Kriteria Ini & Cara Untuk Tingkatkan - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Nov 22, 2016
pada 7:59 AM

Sebenarnya senang je nak tahu & tengok samada kita ni matang atau tak bawa diri di mana sahaja kita pergi. Lebih-lebih lagi di tempat kerja, petik jari je dah nampak. Nak tahu tahap kematangan korang ataupun Coworkers yang lain, cuba check kriteria-kriteria ini : 

1. Asyik nak bertekak je

Baru buka topik waktu lunch dah bertekak, belum sempat nak habiskan makan lagi dah bising dengan coworker. Akhirnya, masing-masing dah tak sebulu atau sependapat. Topik simple je, dah bertekak macam benda serius je. Dah terserlah yang korang ni tak matang & profesional.

Matangkan Diri : Sentiasa mahukan perbualan yang berterusan serta meluas 

2. Complain je tahu

Sikit-sikit, mesti ada je benda nak complain. Korang macam tu tak? Perkara atau tugasan yang diberi mesti wajib dapat comment daripada korang. Tak boleh begitu, ianya akan buat korang tampak tidak matang & kurang profesionalism.

Matangkan Diri : Jangan cepat melatah atau complain bila dapat comment dari Boss mahupun Coworkers yang lain tentang prestasi kerja korang. Cuba lihat perkara tersebut sebagai pengajaran untuk korang tingkatkan di waktu akan datang.

3. Kaki kipas (kuat mengampu)

Kaki ampu manager, supervisor, Boss. Sibuk sangat nak ambil hati semua orang di tempat kerja, kalau boleh dengan kakak cleaner pun jadi. Spesies ni memang bersepah di mana-mana. Tahu tak sebenarnya perbuatan ini sangat tak profesional & matang. Mungkin Boss enjoy je dengan perbuatan seperti ini, tapi sebaliknya ianya bukanlah sesuatu yang digalakkan.

Matangkan Diri : Tak mati pun kalau korang jadi diri sendiri & sebenarnya ia buat korang rasa lebih selesa & yang penting tak penat nak ampu orang.

4. Expect orang lain sama je semua

Semua orang dilahirkan dengan keistimewaan yang berbeza-beza, bakat yang tersendiri. Jadi korang tak boleh nak expect coworkers yang lain untuk jadi Excellent. Lebih senang faham, korang stereotaip coworkers yang lain untuk buat kerja cara korang. Salah tu.

Matangkan Diri : Fahamilah bahawa kita semuanya unik dengan cara tersendiri walaupun tak nampak dengan mata kasar.

5. Masih tak move on

Korang masih stuck dengan hari semalam? Apa yang dah jadi semalam ataupun di masa lalu buat korang masih terngiang-ngiang? Seeloknya, korang harus menerima apa jua yang berlaku mahupun buruk atau baik. 

 Matangkan Diri : Hiduplah untuk hari ini, jangan pernah menoleh.