Rugi Tak Join Kerana Ini 3 Bukti Bahawa EKSPO MAUKERJA 2.0 Memang Awesome!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Rugi Tak Join Kerana Ini 3 Bukti Bahawa EKSPO MAUKERJA 2.0 Memang Awesome!

post by Izuan

by Izuan

Dec 20, 2016
pada 4:28 AM

Buat kali keduanya, pada 17 Disember 2016 (Sabtu) lepas merupakan hari berlangsungnya EKSPO MAUKERJA 2.0 dimana calon-calon berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam masa yang singkat. Interview serta merta dan respon dalam masa 24 jam!

Sepanjang EKSPO MAUKERJA 2.0 berlangsung, respon yang diterima amatlah memberangsangkan kerana sambutannya telah melangkau jauh daripada apa yang Team Maukerja Malaysia ramalkan!

Team Maukerja Malaysia sangat menghargai sokongan daripada anda semua, tertanya EKSPO MAUKERJA 2.0 memang awesome! Tak percaya? Ini buktinya.

1. Hampir 14,000 Calon Menyertai EKSPO MAUKERJA 2.0

Mengikut apa yang Team Maukerja ramalkan sebelum ini, kami jangkakan hanya 5,000 pengunjung sahaja menyertai EKSPO MAUKERJA 2.0 ini. Namun Team Maukerja Malaysia jadi terkedu dan gembira apabila menerima lebih daripada 100% jumlah pengunjung asal yang kami ramalkan! 

Seramai 13,900 calon yang menyertai dalam EKSPO MAUKERJA 2.0 kali ini, tak menang tangan krew-krew yang terlibat dibuatnya.Itu yang menyertai tau, tapi yang hadir seramai 28,000 orang! Amat memberangsangkan!

2. Sebanyak 4,474 Kekosong Disediakan!

Bukan sahaja respon yang memberangsangkan daripada Jobseeker yang kami terima, malah respon daripada majikan juga sangat awesome! Kami sendiri tak sangka banyak ini rupanya. Malah, kolaborasi dalam EKSPO MAUKERJA 2.0 ini juga lebih hangat daripada sebelumnya.

Kalau ESKPO MAUKERJA pertama, hanya perunding kerjaya sahaja terlibat, untuk EKSPO MAUKERJA 2.0 e-rezeki juga turut serta! Waah! rugi siapa yang tak datang Sabtu lepas.

3. Ada Calon Yang Dah Mula Kerja Pun!

Dalam EKSPO MAUKERJA 2.0 kali ini, dalam ramai-ramai jumlah yang hadir, 46% daripada calon-calon tersebut telah disenarai pendek oleh majikan, kebanyakkan daripada mereka ini dipilih untuk temuduga ke peringkat seterusnya.

Manakala seramai 12% yang sudah diterima bekerja! Namun 29% daripada mereka tidak diterima sewaktu temuduga dijalankan. Ini berdasarkan data yang kami kumpulkan daripada keputusan majikan sendiri dimana respon kepada calon dalam masa 24 jam,

Bagaimanapun, EKSPO MAUKERJA 2.0 telahpun melabuhkan tirainya, tahniah kami ucapkan kepada mereka yang telah disenarai pendek dan dipilih bekerja pada hari tersebut. Bagi yang tidak diterima. jangan kecewa dan cuba lagi! Pssst! Ada berita baik kami nak beritahu ni.

Ekspo Maukerja Akan Terus Beroperasi

Naah! Perjalanan kami takkan terhenti disitu sahaja, kami akan terus memberikan yang terbaik kepada para pengikut Maukerja Malaysia ini, nantikan Ekspo Maukerja 3.0 yang bakal berlangsung dalam masa yang terdekat. Korang hanya kena alert dengan laman facebook Maukerja Malaysia dari semasa ke semasa. 

Akan Meluaskan Empayar EKSPO MAUKERJA Di Seluruh Malaysia!

Oh ya! kami ada satu lagi berita gembira buat anda semua, Ekspo Maukerja yang seterusnya akan menyusul di kawasan-kawasan yang berhampiran di kawasan anda. Atas permintaan orang ramai, Team Maukerja Malaysia bersetuju untuk menjalankan career fair ini diluar kawasan KL. Kat mana? Bila? Stay tuned!