5 Checklist Jobseeker Harus Kemaskini Di Profile LinkedIn, Jika Mahu Majikan 'Nampak' Anda
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 Checklist Jobseeker Harus Kemaskini Di Profile LinkedIn, Jika Mahu Majikan 'Nampak' Anda

post by Izuan

by Izuan

Jan 11, 2017
pada 4:36 AM

Mesti anda 'familiar' dengan LinkedIn kan? Ia tidak sama dengan sosial media yang lain, LinkedIn ini merupakan sebuah platform bagi golongan professional dan lebih memfokuskan dunia kerjaya. Sebenarnya dengan adanya akaun LinkedIn ini, kerabarangkalian peluang anda ditawarkan kerja yang idam-idamkan amat cerah.

Selain itu, mungkin anda ingin mencari peluang kerja di tahap yang lebih tinggi, ada segelintir majikan tidak akan mengiklankan sesebuah jawatan, mereka akan menggunakan LinkedIn untuk mencari 'talent' yang sesuai untuk jawatan tersebut. LinkedIn mencari 'talent' bukannya 'jobseeker', ini peluang untuk anda raih publisiti dengan apa yang anda ada di mata majikan.

Kemaskini profil LinkedIn anda, sebab ini lah isi kandungan yang majikan di luar sana mahu lihat.

1. Berikan Headline Terbaik Kepada 'Target Audience' Anda

Headline anda di LinkedIn pada dasarnya adalah deskriptif terhadap profil anda, inilah senjata utama untuk membuatkan majikan klik pada profil untuk mendalami butiran anda dengan lebih lanjut. Gunakan ayat terbaik di Headline ini, ambil sedikit masa untuk mengolah ayat bagi menampakkan diri anda seorang yang berbakat dalam bidang tersebut. 

2. Tunjukkan Profesionalisma Di Gambar Profil Anda

Gambar di profil LinkedIn juga memberi cenderung kepada majikan untuk klik pada profil anda. Dalam memilih gambar,fokus pada bahagian muka yang menampakkan anda profesional untuk mudah didekati. Lihat contoh gambar diatas.

3. 'Personalize' URL Anda

 

Sama ada anda memilih untuk menjadikan Profil LinkedIn s resume atau tandatangan e-mel, perbaiki semula URL. Ia akan nampak lebih profesional Contohnya, www.linkedin.com/namaanda atau www.linkedin.com/professionalkeyword. Lebih bagus kalau kedua-dua elemen ini dimasukkan sekali. Rujuk gambar diatas.

4. Jadikan Pengalaman Kerja Sebagai Kunci Utama Anda

Terangkan dan beri penekanan terhadap segala pencapaian di bahagaian Work Experience, fikirkan kata kunci yang relevan untuk dimasukkan secara semula jadi dalam penulisan anda. lebih banyak dengan kata kunci profil anda, semakin besar kemungkinan ia akan muncul dalam hasil carian.

5. Dapatkan 'Endorse' Daripada Kenalan Yang Pakar Dalam Kemahiran

Bahagian ini sangat penting, dapatkan review  daripada kenalan/ rakan sekerja. Endorse disini akan mengukatkan lagi profil anda dan meraih kepercayaan majikan di luar sana terhadap diri anda.

Endorse akan membantu anda mengesahkan bahawa diri anda begitu cemerlang dalam sesebuah kemahiran. Dapatkan banyak kenalan dalam golongan professional dan beri kerjasama agar mereka 'Endorse' kemahiran anda. Jadi, manfaatkan profil LinkedIn untuk anda 'jual diri' di mana-mana syarikat untuk merealisasikan impian anda bekerja dalam sesebuah bidang. Selamat mencuba!