Robot Bakal Memonopoli Kerja Kita... Ini Bukan Lagi Satu Mitos - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Robot Bakal Memonopoli Kerja Kita... Ini Bukan Lagi Satu Mitos - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 11, 2017
pada 4:45 AM

Dulu-dulu bukan main popular lagi berita hangat yang dunia ini bakal ditakluk oleh robot. Tapi itu hanya lah khabar angin sahaja kerana lihat lah sudah 2017, tetapi tidak ada pula pelayan restoran yang ambil pesanan merupakan sebuah robot kecil, betul tak? Tetapi ini kalau di negara kita, Malaysia. Kalau korang besarkan lagi perspektif, dan cuba lihat di negara membangun seperti Jepun mereka makin giat mencipta robot dan sudah makin meluas digunakan. 

 

McDonald's Di New York Menggunakan Robot 100%

Mengikut satu statement yang dikeluarkan, sebanyak 2/3 warga Amerika percaya yang bidang kerja ini akan dimonopoli oleh robot suatu hari nanti. Apa perasaan korang? Gerun tak? Robot di sini tidak perlu pun datang dalam bentuk manusia kecil yang menyerupai manusia. Cukuo sekadar komputer yang menakluk kerja manusia. Sebagai contoh, McDonald's di New York sudah mengaplikasikan "Create Your Taste"kiosk dimana pelanggan hanya perlu tekan sahaja kekunci di komputer untuk pesan makanan. 

Nampak macam perkara yang remeh tetapi cuba kira jumlah kerja yang sudah tiada lagi. Bayangkan, tiada lagi pelayan di kaunter. Maka peluang pekerjaan makin berkurang. Cuba fikirkan kembali risiko ini. 

 

Dunia maju, teknologi makin berkembang

Memang, teknologi kini sudah memonopoli kehidupan harian dan ianya ada kelebihan dan kekurangan. Tidak dapat dinafikan robot telah lama digunapakai dalam beberapa sektor pekerjaan seperti industri kilang, pembuatan dan industri berat. Robot dari sudut kelebihannya memang banyak, mereka tidak akan rasa letih, boleh melakukan tugas berat dan bermacam lagi. Siapa sangka dalam masa beberapa dekad lagi akan musnah terus peluang kerja buat manusia kerana robot boleh melakukan semuanya. 

 

Tiada lagi tenaga manusia dalam sektor pekerjaan?

Lihat lah filem-filem berkaitan teknologi yang giat dipertontonkan. Semuanya nampak seperti tidak masuk akal, tetapi dengan keadaan teknologi yang berkembang pesat ini, ianya  bukan lagi satu halangan dan mitos. Bagaimana dengan kerjaya kita semua? Jutaan kerja sekarang ini dalam keadaan berisiko dan kadar pengangguran juga bakal meningkat naik. Secara logiknya, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan kembali pada pembelajaran. Fahami dan siap sediakan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menghadapi era moden robot ini. 

Siapa tahu mungkin nanti McDonald's di Malaysia akan sepenuhnya menggunakna robot? Atau mungkin di supermarket pun juruwagnya juga adalah robot. Semuanya bakal ditakluk oleh robot!