4 Sebab Yang Membuatkan Chicago Destinasi Wajib Untuk Dituju-  Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Sebab Yang Membuatkan Chicago Destinasi Wajib Untuk Dituju- Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Jan 15, 2017
pada 2:32 AM

Rahsia terbesar ingin Maukerja bongkarkan tentang bandar paling menyeronokkan di dunia patut korang pergi melawat! Dah bosan sangat rasanya bila setiap kali cuti, korang pergi pusat membeli-belah, melepak, window shopping & banyak lagi kan? Namun korang masih tetap kosong.. Jom baca perkongsian hebat tentang bandar yang bukan sahaja menarik tetapi penuh dengan keseronokan! Di mana lagi kalau bukan Chicago!

1. Lokasi kejiranan yang unik dan pelbagai

Di bandar Chicago, kualiti lokasi kejiranan yang unik ditawarkan dan juga yang pelbagai. Ianya sesuatu yang korang boleh cuba terokai sambil menhirup udara segar di sana. Setiap kejiranan yang ada di sana juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan tersendiri. Bukan itu saja, Chicago juga dinobatkan sebagai 'great places for walking distance'. 

2. Kemampuan

Walaupun banyak lagi bandar di dunia ni yang mempunyai sumber inspirasi jauh lebih hebat dengan pemandangan serta budaya yang cool, namun ada satu perkara yang kurang : kemampuan. Chicago pula hebat dengan tempat-tempat yang boleh korang lawati tanpa mengeluarkan duit walau se-sen pun! Jikalau korang inginkan sedikit penerokaan, lawatilah tempat-tempat seperti National Museum of Mexican Art, Midway Plaisance Park, Chicago Cultural Centre & banyak lagi secara PERCUMA.

3. Biarkan masa menjadi raja keseronokan

Tak perlu jadi genius pun untuk nikmati keseronokan yang amat mudah dirasai. Keistimewaan Chicago ini korang tak boleh lepaskan kerana aktiviti harian serta bulanan memang tersedia buat korang untuk nikmati. Dari aktiviti sukan, pertunjukan, teater & banyak lagi tersedia untuk korang terokai di sana. 

4. Rahsia terbesar dibongkarkan

Akhirnya, mesti korang tertanya-tanya kenapa bandar Chicago ni amat menyeronokkan? Dalam satu kajian di Chicago telah mendapati bahawa warga mereka ini secara puratanya bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali dengan kerap berbanding di England.  Ini telah membuktikan bahawa mereka mempraktikkan gaya hidup yang seimbang.