Gara-Gara Perbetulkan Ejaan Pelajar Di Twitter, Staff Sekolah Ini Dipecat Tanpa Notis!
# Trending Semasa

Gara-Gara Perbetulkan Ejaan Pelajar Di Twitter, Staff Sekolah Ini Dipecat Tanpa Notis!

post by Izuan

by Izuan

Jan 15, 2017
pada 8:39 AM

Hanya kerana memperbetulkan ejaan pelajar di Twitter, pekerja sistem sekolah di Maryland ini dipecat. Kelakuan Penyelaras Pekhidmatan Media Frederick Country Public School System yang dikenali sebagai Katie Nash ini telah menjadi perbalahan kecil dengan pelajar tersebut sebelum di buang kerja.

Sehari selepas tweet tersebut, Nash diberhentikan kerja dengan serta merta. Respon terhadap insiden yang menimpanya ternyata dapat perhatian orang ramai apabila tweet itu meraih 1,000 likes dan 1,000 retweets. Selain itu dirinya menjadi subjek untuk hashtag #KatiefromFCPS dan #freekatie. 

Menurut Frederick News Post Jurucakap Michael Doerrer mengesahkan bahawa Nash telah diberhentikan, tanpa sebarang notis. Nash kemudiannya menzahirkan rasanya di Twitter untuk menyatakan sentimen beliau terhadap sistem sekolah dan pelajarnya.