Percaya Tak Korang Punya Pose Selfie 'Peace' Berisiko jadi Mangsa Siber? Ini Buktinya! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Percaya Tak Korang Punya Pose Selfie 'Peace' Berisiko jadi Mangsa Siber? Ini Buktinya! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 15, 2017
pada 9:02 AM

Remaja perempuan ni memang suka sangat kalau pose sambil tunjukkan simbol "peace", kan? Peace sign ni dah jadi satu trend pula dan menjadi ikutan ramai sampai lah sekarang. Bagi mereka simbol peace ni nampak comel dan menarik tetapi kalau korang nak tahu ianya boleh meletakkan korang dalam situasi bahaya! 

Mungkin selepas korang baca artikel ini korang akan berfikir dua kali sebelum menggunakan pose peace untuk bergambar. Kajian yang dijalankan oleh warga Jepun di National Institute of Informatics, mereka berpendapat bahawa penjenayah boleh klonkan cap jari melalui gambar mereka yang menggunakan "peace" pose dengan senang sekali. Ish betul ke ni? 


Korang berisiko menjadi mangsa pencuri identiti

Kalau korang nak tahu, melalui gambar sahaja, penjenayah zaman sekarang ni boleh cetak cap jari melalui pose peace itu je dan gunakannya untuk mencuri identiti mangsa. Zaman teknologi tinggi ni, dengan kualiti kamera yang terlampau bagus sehinggakan nampak real, ianya bukan lagi mustahil. Cuba korang ambil gambar dengan pose peace dan zoom kembali gambar itu. Nampak dengan jelas kan cap jari korang?

Satu fakta menarik buat korang; kamera digital sekarang ni boelh tangkap gambar cap jari korang walaupun dari jarak 3 meter jauhnya. Selepas sahaja mereka mendapat cap jari korang, mereka akan gunakan software yang mudah yang memang senang untuk didapatkan di pasaran. Bayangkan berapa banyak maklumat peribadi dan penting yang tersimpan dan boleh diakses menggunakan cap jari, semuanya mereka boleh akses sebegitu sahaja. 

Macam mana? Korang nak lagi ke ambil gambar dengan pose selfie selepas ini? Jaga-jaga dengan teknologi tinggi ini semua  perkara boleh terjadi. Ini lah salah satunya yang boleh berlaku.