PayWave Bahaya? Ini Kesahihannya! - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

PayWave Bahaya? Ini Kesahihannya! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 17, 2017
pada 2:31 AM

Dengan teknologi yang makin membangun, ianya amat mudah untuk penyeluk saku mencuri maklumat kad bank korang. Hal ini dikongsi oleh Mohd Nizam Mohd Salleh, Pakar Perunding Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bersama Harian Metro. Lihat apa penjelasan yang diberikan oleh beliau:

 

Hanya perlu  memuat turun aplikasi yang mudah dan percuma

Penyeluk saku hanya memerlukan satu senjata sahaja, iaitu telefoon pintar. Melalui telefon itu, mereka boleh memuat turun aplikasi melalui sumber terbuka (open source)  atau di Playstore/Appstore sahaja. Terlalu mudah jenayah ini dilakukan. 

 

Mendekati mangsa dengan jarak 1 meter sahaja

Menggunakan telefon pintar, penyeluk saku hanya perlu untuk mendekati mangsa untuk mendapatkan kesemua maklumat kad bank. Kad bank baru korang tu, terdapat cip gelombang radio atau dikenali sebagai paywave yang boleh dibaca menggunakan aplikasi mudah. Kaedah ini membolehkan mereka menyimpan transaksi sekitar RM300 hingga RM1,500 tanpa memerlukan jaringan internet!

 

Upgrade security kad bank paywave

Penyeluk saku boleh dapatkan 2 maklumat melalui penipuan ini pertamanya adalah memalsukan kad bank (pendua) serta melakukan transaksi tanoa kebenaran. Ini bukan bertujuan untuk promote barang tetapi mungkin korang perlu mula fikirkan untuk membeli sarung kad anti-gelombang radio yang boleh didapati di pasaran. Jika ini bukan pilihan korang, maka mungkin korang perlu tambah ciri keselamatan paywave dengan mewajibkan semua transaksi memerlukan kod PIN. 

 

Kenyataan balas

Menerusi laman web amanz, penulis ini berkongsi pendapatnya yang beranggapan bahawa paywave ini bukanlah mudah untuk dicuri seperti yang diperkatakan oleh Harian Metro. Ini penjelasanya:

"Saya cuba aplikasi yang dikatakan mampu 'menggodam' maklumat kad PayWave"

Aplikasi ini mampu "menggodam" kad korang, tetapi penggodam memerlukan 3 info iaitu nombor kad debit, tarikh luput kad serta nombor CVV untuk menjayakan pembayaran online. Ada satu maklumat yang tidak boleh diperolehi melalui aplikasi ini, iaitu nombor CVV yang tertera di belakang kad. 

 

"Gelombang radio ini mampu mengesan dalam jarak 4 cm sahaja"

Ianya agak bercanggah dengan apa yang diterangkan oleh pihak Harian Metro. Ianya memerlukan pencuri untuk betul-betul meletakkan kad di belakang telefon pintar mereka. Jarak 1 meter dikira terlalu jauh untuk penggunaan aplikasi ini. 

 

"Kebanyakan transaksi pembayaran online dipertingkatkan dengan sistem 3-D Secure"

Bukan mudah sebegitu sahaja penyeluk saku boleh ambil duit korang tanpa kebenaran. Sebagai contoh CIMB ini ada menggunakan sistem 3-D Secure yang memerlukan korang 'approve' sesuatu transaksi itu. Anda akan menerima SMS untuk setiap transaksi yang berlaku. Tetapi yang pentingnya di sini ialah tingkatkan tahap keselamatan kad PayWave korang dan gunakan sarung kad anti-gelombang. War-warkan pada kesemua kenalan korang.

*Sumber: Harian Metro / amanz