Website Permainan 'Self-Driving" Ini Suruh Anda Pilih Siapa Patut Mati Kalau Kemalangan
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Website Permainan 'Self-Driving" Ini Suruh Anda Pilih Siapa Patut Mati Kalau Kemalangan

post by Izuan

by Izuan

Jan 18, 2017
pada 3:22 AM

Bayangkan kalau kalau anda berada dalam situasi dimana sewaktu sedang leka memandu atau sesuatu menimpa diri dan dalam masa yang sama ada orang ( orang tua, kanak-kanak, lelaki, wanita, kucing, anjing liar & macam-macam lagi) sedang melintas jalan. 

Pada masa itu hanya ada satu sahaja pilihan samada selamatkan nyawa sendiri serta penumpang (rakan/keluarga) atau pejalan kaki yang tak bersalah. Boleh jadi juga, ada pilihan orang kaya/miskin melintas. Siapa yang korang patut langgar? Rasa dilemma bukan?

Begitu juga apa yang dirasakan oleh sebuah institusi iaitu  Institut Teknologi Massachusetts (MIT), jadi MIT membuat keputusan untuk mengendalikan sebuah laman web iaitu  “Moral Machine”.

 “Moral Machine” membolehkan anda untuk menilai dan membuat keputusan untuk korbankan nyawa diri serta penumpang  atau pejalan kaki bedasarkan beberapa siri situasi kemalangan. Rasa dilemma moral pasti akan timbul sepanjang anda menjawab test ini. 

Selepas tamat membuat penilaian, keputusan akan diberikan menunjuk jumlah nyawa yang anda bunuh serta lindungi. Klik disini jika anda ingin mencubanya

Video