Korang Sanggup Tak Bayar RM1 Ribu Untuk 'Dating'? - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Korang Sanggup Tak Bayar RM1 Ribu Untuk 'Dating'? - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 18, 2017
pada 6:44 AM

Duit simpanan dah cukup untuk nak mendirikan rumah tangga, masalahnya yang nak duduk sebelah atas pelamin nanti yang tak jumpa-jumpa lagi. Kawan yang lain semuanya dah sibuk merancang nak bina masjid, korang ni bila lagi? Tak payah lah nak susah sangat fikir jauh sampai "marketkan diri" dekat Facebook. Teknologi tak ke dah makin berrkembang, jadi gunakan platform yang betul untuk nak cari calon.

Kalau aplikasi Tinder mungkin korang dah selalu dengar kan? Ini ada lagi satu lagi dating service offline yang diberi nama Datesmith. Diasaskan di Singapura, Datesmith ni adalah anak syarikat Paktor yang digelar sebagai Tinder versi asia. 

 

Korang sanggup untuk bayar demi berjumpa si dia?

Soalnya di sini, korang sanggup ke nak bayar ribuan ringgit untuk nak berjumpa dengan si dia? Di Datesmith, terma date ini bermaksud berapa jumlah calon yang korang boleh jumpa. Haa,, ada tau yuran yang korang kena bayar.

Dia ada 3 pakej berbeza, 3 dates bernilai RM3,600, 5 dates pula RM3,900 dan akhir sekali RM5,900. Jangan risau, korang boleh bayar secara ansuran. Yuran ni digunapakai untuk nak elak daripada seseorang itu tidak muncul dan menipu. Kalau dah kena bayar ribuan ringgit, mesti lah korang kena datang untuk berjumpa juga dengan calon kan? Rugi kot duit kalau terbuang macam tu je.

Kalau korang sanggup untuk bayar ribuan ringgit untuk berjumpa calon mungkin boleh cuba? Mana tahu mendatangkan hasil. Admin doakan yang baik-baik sahaja la.