Individu Ini Elak Kata "Sorry" Jika Buat Silap, Namun Dia Makin Dihargai Sebab..
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Individu Ini Elak Kata "Sorry" Jika Buat Silap, Namun Dia Makin Dihargai Sebab..

post by Shasha

by Shasha

Jan 18, 2017
pada 7:25 AM

Dah bosan kan asyik cakap sorry je sampai orang lain dah meluat nak dengar. Percaya atau tidak individu ini (akaun Tumblr Vijara)  telah berjaya berhenti memberi alasan namun sebaliknya menggunakan kata-kata yang lebih membina dan positif. Impaknya yang diterima memang cukup memberangsangkan. Jom ketahui lebih lanjut tentang maklumbalasnya.  

 

" Tidak ada sorry hanya thank you"

Kalau setiap hari korang selalu minta maaf, perkataan tersebut rasanya macam dah tidak bernilai lagi. Lebih-lebih lagi perkataan yang negatif. 

 

" Dapat tingkatkan hubungan positif dengan orang lain

Tak perlu pun nak guna atau ungkap ayat yang manis bersemut berjela-jela semata nak jalinkan hubungan positif dengan orang lain. Sekadar thank you sahaja korang sebenarnya dah sumbangkan perasaan atau vibe yang positif kepada orang lain.  

 

"Tak buang masa rasa emosional setiap masa"

Individu yang bernama Vijara ini lebih optimis dan tidak membuang masa untuk rasa menyesal kerana vibe negatif yang sering dilontarkan melalui perkataan 'sorry'. Dah terbukti bahawa satu perkataan yang simple ni mampu beri tamparan yang amat hebat. Jom cuba gantikan sorry kepada thank you dan rasa kelainannya sendiri.