Tak Perlu Belanja Mahal-Mahal Semata Nak Hilangkan Kedut, Ini 4 Rahsia Awet Muda!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Tak Perlu Belanja Mahal-Mahal Semata Nak Hilangkan Kedut, Ini 4 Rahsia Awet Muda!

post by Shasha

by Shasha

Jan 20, 2017
pada 4:19 AM

Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk kelihatan muda dan sihat. Semuanya guna wang ringgit yang kian lama mengecil nilainya. Kalau korang amalkan 4 makanan ini setiap kali sarapan, tak perlu lagi nak ikat perut semata-mata nak dapatkan rawatan bagi mengekalkan awet muda korang. Kesannya memang power!

1. Air suam + madu + lemon

Pengamalan ketiga-tiga bahan ni setiap pagi dah cukup untuk mengeluarkan toksik daripada badan korang. Ianya juga salah satu cara yang sihat untuk mengurangkan berat badan korang, haa kiranya seperti supplement tambahan kepada menu harian. Tak perlu risau kerana semua bahan ni adalah natural dan tidak membahayakan badan. 

2. Sup sayur

Kenapa lah sayur lagi pagi-pagi buta nak makan kan? Khasiat dalam sup ni adalah semulajadi dan penting bagi membantu korang untuk kekal muda dan sihat. Dengar sup je, terus lemau sebab leceh nak masak bagai. Tips untuk korang : keep it simple. 

Hanya dengan berbekalkan sebiji tomato, bawang merah besar, setengah cawan sayur hijau (pilihan korang), garam, sedikit ikan bilis untuk perasa dan hanya perlu masak selama 12 minit. VOILA! Siap dah.

3. Oatmeal

Oatmeal merupakan salah satu lagi sarapan yang super korang perlu amalkan untuk awet muda ni. Serat pemakanan yang terkandung di dalamnya pasti akan beri tenaga selepas makan dan korang takkan cepat lapar. Selain tu, ianya juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tidak berlebihan di mana ianya berguna untuk salurkan tenaga pada badan.

Oatmeal ni senang je korang nak modify bagi lagi sedap untuk dimakan. campur sekali dengan madu ataupun buah-buahan segar atau kering. Barulah nampak menyelerakan!

4. Yogurt

Manfaati lah yogurt ni dalam menu sarapan korang lepas ni, kerana ianya sumber protin yang lebih sihat yang juga membantu bagi mengurangkan berat badan. Tak susah pun sebenarnya nak kekal sihat dan awet muda kan? Nak atau tak nak je.