Tak Perlu Agungkan Cara Orang Tingkatkan Kerjaya, Pegang Pada 3 Prinsip Ni Dah Cukup
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Tak Perlu Agungkan Cara Orang Tingkatkan Kerjaya, Pegang Pada 3 Prinsip Ni Dah Cukup

post by Shasha

by Shasha

Nov 20, 2023
pada 7:40 AM

Setiap hari korang scroll FB, Twitter, Instagram, Google, Blog dan macam-macam lagi. Mesti ada saja cerita atau kisah-kisah kejayaan kerjaya individu seluruh dunia akan terpampang di kaca skrin telefon kan? Mulalah nak berangan, macam mana lah nak jadi macam mereka ni. Bersemangat betul. Kerja best boleh cerita lah. 

Ha salah tu. Korang pun boleh tingkatkan prestasi diri, tak kisah lah apa jua bidang kerjaya yang korang lakukan atau walau teruk mana pun, semua tu tak main peranan penting pun sebenarnya. Macam mana korang cuba tangani tu lah yang penting. Kepercayaan pada diri tu korang perlu stabilkan, ni cara yang paling minimal tapi efektif :

1. Jangan paksa diri sebab nak ikut coworker lain

Apa pun bidang kerjaya korang, buatlah dengan ikhlas jangan sebabkan coworker lain push to the limit untuk cabar diri, korang pun nak turut buat sekali. Masing-masing ada cara kerja yang tersendiri jadi daripada ikut coworker lain lebih baik senaraikan matlamat kerjaya korang dan fikirkan cara untuk menggapainya tanpa serabutkan kepala. 

 

2. Kan best dapat kongsi moment dengan coworker?

Pantang dicabar korang terus tinggikan ego untuk bersaing dengan coworker lain. Semangat berdaya saing tu memang bagus tapi jangan sampai ego makan diri. Tanpa coworker di sekeliling, korang bukanlah siapa-siapa pun. Setiap turn naik dalam kerjaya, tak salah korang kongsikan bersama kerana ianya boleh diperbaiki dengan pendapat daripada coworker ataupun rakan seperjuangan yang lain.

 

3. Jangan simpan buat pekasam, mulakan langkah!

Tak perlu takut untuk bergerak dari comfort zone, Team Maukerja Malaysia pasti dengan semangat yang penuh dedikasi, disiplin dan minat, korang mampu pergi jauh. Tiada had yang korang perlukan jikalau nak terus majukan diri dalam kerjaya. Jangan pernah berhenti untuk percaya pada diri sendiri, baru boleh maju!

Kami kongsikan video penuh inspirasi ini untuk tatapan korang. Selamat maju jaya dalam apa jua yang korang lakukan demi rezeki!