Menyesalnya Berhenti Kerja! Korang Boleh Kerja Situ Balik Kalau Amalkan 6 Tips Ini
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Menyesalnya Berhenti Kerja! Korang Boleh Kerja Situ Balik Kalau Amalkan 6 Tips Ini

post by Aisya

by Aisya

Mar 5, 2022
pada 8:50 AM

Tiba-tiba rasa menyesal berhenti kerja tu datang. Baru seminggu di tempat kerja baru dah rasa yang ianya bukan apa yang korang mahukan. Boleh tak nak balik ke office lama? Menyesalnya buat keputusan berhenti kerja hari tu!

Kalau nak tahu, sebenarnya ada je orang yang melalui situasi sebegini. Waktu last day bukan main lagi buat farewell party gempak macam tak sabar-sabar nak tinggalkan office tu, selang beberapa minggu tiba-tiba je call boss mengadu macam mana teruknya kerja sekarang. Rasanya bos lama akan bagi muka ke?

 

Patut ke korang minta balik kerja lama?

Korang mesti berhenti kerja atas sebab yang tertentu kan? Sudah tentu lah mengharapkan yang kerja baru ni lebih elok daripada tempat lama kan? Bila ini terjadi, patut ke korang kembali ke kerja lama atau teruskan mencari kerja baru? 

Bingung kan nak buat pilihan? Apa kata korang senaraikan pros and cons untuk pilihan tu. Senaraikan sebab mengapa korang tinggalkan kerja lama dan satu lagi senarai apa manfaatnya kalau korang kembali? Kalau keburukan lebih banyak daripada kelebihan, baik lah korang tanamkan je niat tu dan move on!

 

Kalau minta balik pun rasanya bos akan terima balik ke?

Jangan berharap sangat yang company lama terbuka hati untuk nak terima korang balik, walaupun korang sayang sangat-sangat pada kerja tersebut. Mungkin jawatan korang tu sudah pun terisi oleh pekerja baru. Kalau tidak pun, mungkin mereka mahu mulakan semula dengan orang lain. Mereka akan berprasangka yang korang ada potensi untuk nak berhenti kerja semula jika dapat offer baik kan?

Kalau betul company tu sanggup untuk ambil korang semula, korang memang kena jual diri sehabis baik dan buktikan yang mereka  pasti tak akan menyesal kalau ambil korang semula. Bersedia dengan jawapan lengkap mengapa korang berhenti pada mulanya, apa yang tidak kena dengan kerja korang dan kenapa nak balik semula. 

 

Macam mana nak minta mereka terima semula?

Tak boleh sesuka hati je korang nak call bos dan cakap "Bos, position saya still open ke?" Itu amat lah tidak kena dan majikan pun seakan malas nak layan. Kalau korang betul-betul tekad untuk nak pergi semula ke office lama, pasatikan kesemua tips ini dilakukan tanpa sebarang alasan:

 

1. Berhenti kerja dengan penuh adab

Jangan berhenti dengan keadaan yang marah dan lontarkan kesemua kebencian pada majikan. Sebabkan ianya hari last, jadi korang pun maki hamun sistem company lah, marah bahagian HR sebab selalu tak approve cuti dan bos semua. Satu je nak cakap, kalau buat macam ni memang tak la majikan nak terima semula. 

Nak cara selamat, berhenti kerja dengan penuh adab sehinggalah korang menapak keluar daripada pintu office itu. Baru lah bos pun sejuk hati kalau korang nak minta tolong untuk terima semula.

 

2. Kekal berhubung dengan rakan sekerja

Sebaik sahaja berhenti kerja terus left group Whatsapp kerja, sampaikan block semua orang sebab tak nak mereka kacau hidup. Jangan begitu, teruskan connect dengan mereka di Facebook, LinkedIn,  Google+ dan sebagainya. Ianya untuk tujuan professional bukannya suruh korang ambil tahu mengenai kehidupan di office selepas korang tiada. 

Kalau ada masa terluanng, pergi lah minum kopi dengan mereka dan bersembang santai. Kalau korang kekal berhubung, lagi senang untuk kembali. Mereka boleh tolong korang dan berikan kata-kata baik mengenai korang pada bos. 

 

3. Join group alumni company

Kalau company korang ada tubuhkan group alumni, ianya memang bagus sekali untuk korang nak join. Join LinkedIn semua yang mengumpulkan kesemua pekerja dalam company tersebut. Ianya lagi menambahkan peluang untuk korang diterima kembali.

 

4. Buat pilihan yang terbaik

Jangan buat keputusan yang terburu-buru. Betul ke 100% yang korang memang mahu kembali? Jangan balik hanya sebab ini satu-satunya jalan pintas yang mudah. Korang tak cuba lagi cari kerja lain, mungkin ada banyak lagi yang boleh tawarkan korang jawatan yang menarik.

 

5. Minta secara professional

Kalau korang sudah buat pilihan, lakukannya dengan cara yang betul dan professional. Korang boleh minta secara bersemuka dengan majikan ataupun hantarkan email untuk meminta kerja korang semula. Jangan pula korang direct message dekat Facebook ataupun tweet yang korang ni menyesal dan kemudian tag pula nama bos bagi dia dapat hidu permintaan korang. Alah, tak professionalnya.

 

6. Pastikan korang ada Plan B

Korang tak boleh nak jangka samada bos akan terima balik atau tidak kan? Jangan bergantung harapan sangat pada bos korang, pastikan ada Plan B sebagai backup! Terlebih confident sangat sampaikan resign kerja sekarang dan baru nak berunding dengan bos lama untuk terima. Haa, kalau bos lama tak nak terima ternganga lah korang tidak ada kerja.