Kepada Lepasan SPM, Ini 10 Jurusan Diploma Paling Ideal Yang Boleh Menjamin Pekerjaan Kelak!
# Trending Semasa

Kepada Lepasan SPM, Ini 10 Jurusan Diploma Paling Ideal Yang Boleh Menjamin Pekerjaan Kelak!

post by Izuan

by Izuan

Mar 15, 2017
pada 5:11 AM

Dikhabarkan hari ini adalah saat yang dnanti-nantikan oleh lepasan SPM, segala persoalan telah terjawab pagi tadi selepas menerima keputusan SPM pagi tadi. Bagi mereka yang ingin terus menerpa kerjaya, selamat maju jaya kami ucapkan, namun bagi mereka yang berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, 'perjuangan' anda tak terhenti disini.

Khusus bagi anda yang ingin sambung belajar, perlu diketahui bahawa setiap bidang yang ingin diceburi merupakan penentu haluan kerjaya. Walaupun peluang kerja terhad seperti mana yang digembar gemburkan oleh orang-orang di luar sana, Masih terdapat industri yang sedang 'hangat' untuk diceburi, bukan itu sahaja industri-industri tersebut juga akan menawarkan gaji yang setimpal.

Bagaimanapun, sebelum melangkah ke industri tersebut, anda mestilah 'mengendalikan' haluan terlebih dahulu dengan cara belajar dalam jurusan yang berkaitan dengan industri-industri ini. Jadi, kami sarankan pilih jurusan dibawah ini semasa mendaftar UPU nanti.

1. Kejuruteraan Komunikasi

2. Kejuruteraan Elektrik Elektronik

3. Kejuruteraan Awam

4. Kejuruteraan Mekanikal

5. Perubatan

6. Sains Aktuari

7. Teknologi Maklumat (IT)

8. Farmasi

9. Pengajian Perniagaan (Pemasaran/Kewangan)

10. Komunikasi Media Baru (Digital)