Bahana Gunakan Dapur Gas Kaca. Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Untuk Keselamatan Diri
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Bahana Gunakan Dapur Gas Kaca. Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Untuk Keselamatan Diri

post by Aisya

by Aisya

Mar 16, 2017
pada 8:30 AM

Dapur gas sekarang pun dah moden, bukan klasik yang macam dulu-dulu guna tu. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in tu. Sebabkan ianya nipis dan nampak stylish ramai surirumah yang memilih untuk menggunakan dapur gas jenis ini. Memang tidak dapat dinafikan ianya cantik tetapi ianya datang dengan risiko yang tinggi.

Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Berikutan dengan itu ada beberapa tips penjagaan dapu kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri:

1. "Jangan lap dapur gas ketika masih panas" 

Selepas kita memasak, biasalah kalau ada  terjatuh sisa-sisa makanan atas dappur kan? Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ni jangan terus serta-merta lap! Terutama sekali kalau lap dengan kain basah kerana ianya amat merbahaya. Tunggu permukaan gas sejuk dahulu barulah lap. Biar lah orang kata kita pengotor asalkan keselamatan terjaga.

 

2. "Periuk yang terlalu berat juga merbahaya" 

 

Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Ini pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ' ditanam'  dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat. Ingat tau.

 

3. "Berikan pengudaraan di belah bawah dapur gas kaca" 

Perlu diketahui yang dapur gas jenis kaca ini ianya dipotong khas mengikut saiz kabinet agar pengudaraan berlaku dengan lancar di bahagian bawahnya. Amat lah berisiko kalau letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa sebarang pengudaraan. Bahang panas memasak itu tidak dapat keluar dan dihalang oleh table top sebab itu lah kaca menjadi retak dek panas. 

*Sumber: The Reporter