Pemandu Uber Yang Baik Hati Ni Enggan Menerima Duit Wanita Ini Atas Alasan Dia OKU
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pemandu Uber Yang Baik Hati Ni Enggan Menerima Duit Wanita Ini Atas Alasan Dia OKU

post by Aisya

by Aisya

Mar 16, 2017
pada 11:27 AM

Mulianya hati pemandu Uber ini apabila dia melakukan sesuatu yang amat menyentuh hati netizen semua. Seorang wanita yang dikenali sebagai Koo menggunakan perkhidmatan Uber di Jusco Tebrau, Johor. Yang tiba adalah seorang pemandu Melayu yang dikenali sebagai Nizam dengan kereta Proton Exoranya.

Yang peliknya adalah apabila tiba di destinasi, Nizam parking keretanya agar Koo boleh turun dengan mudah. Sewaktu dia mahu membayar untuk perkhidmatannya, Nizam bertindak dengan menolak secara ikhlas.

 

"Dia tidak mahu menerima duit kerana saya adalah seorang OKU"

Nizam berkali-kali menolak duitnya kerana Koo adalah seorang OKU. Dia mahu memberinya perkhidmatan yang percuma tanpa caj tetapi selepas didesak, Nizam akhirnya menerima duit tersebut. 

 

"Walaupun saya OKU tapi saya masih mampu mencari rezeki"

Koo memberitahu Nizam bahawa status OKU nya tidak memberinya kelebihan untuk menerima perkhidmatan secara percuma. Dia masih mampu untuk menjaga diri sendiri serta mencari sesuap nasi. Nizam menitiskan air mata dan berkali-kali mengucapkan terima kasih. Koo amat menghargai tindakan mulia Nizam dan dia terharu ada manusia yang berhati baik seperti pemandu Uber ini.

Cerita ini memang menyentuh hati pembaca dan ianya menunjukkan bahawa kecacatan fizikal bukan penghalang untuk segalanya. Menjadi OKU bukan satu alasan untuk berputus asa kerana masih ada orang yang berhati mulia dan mahu membantu.

*Sumber: World Of Buzz