Jangan Tersalah Beli Kopi Lagi. Jom Kenali Jenis Kopi Yang 'Kena' Dengan Citarasa Korang
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jangan Tersalah Beli Kopi Lagi. Jom Kenali Jenis Kopi Yang 'Kena' Dengan Citarasa Korang

post by Aisya

by Aisya

Mar 20, 2017
pada 8:31 AM

Sekarang ni memang budaya suka minum kopi ke? Banyak betul kafe-kafe yanng menghidangkan kopi dengan dengan dekorasi kedai yang menarik dan unik dan menambat hati golongan muda untuk datang. Siapa yang tidak gemar untuk upload gambar seni kopi di Instagram bukan? 

Tapi yang sayangnya, ramai orang yang tidak berapa tahu mengenai jenis-jenis kopi. Mereka sekadar order kopi yang kedengaran popular sahaja tanpa mengetahui kandungan kopi tersebut dan sesuai dengan tekak ke tidak.

Sayang lah begitu, berhabisan duit membeli secawan kopi, lepas upload di Instagram dan hirup satu dua je. Jangan bazirkan duit, jom belajar jenis-jenis kopi agar korang tak tersalah order kopi lagi.

 

1. Espresso

 

Bagi orang yang baru nak berjinak dalam minum kopi ni, jangan terkejut lah kalau korang order espresso dan yang korang dapat hanyalah satu gelas kecil kopi sahaja. Tak, korang bukannya kena 'game' dengan barista sebab memang espresso begitu. 

Kalau korang bukan penggemar kopi yang pahit, ketahui lah sebelum memesan, espresso ini gelas kecil dalam lebih kurang 30 ml dan memang 100% pure extract coffee tanpa tambahan apa-apa pun. Kalau tak pandai minum memang rugi order. 

Espresso ni korang tak boleh nak nikmati dengan minum sedikit demi sedikit. Itu cara yang salah. Bagi mereka yang sudah biasa dengan kopi, cara yang betul adalah dengan teguk sekali gus laju-laju kopi tersebut. Tapi jangan terus telan! Biarkan kopi itu memenuhi mulut dan dalam 30 saat sahaja untuk nak rasa kenikmatan kopi kaw tu. Kena cepat minum sebelum minyak kopi tersejat ke udara. Ini lah bahagian yang coffee lover kejarkan. 

 

2. Cappuccino

Ni pun jenis kopi yang orang selalu order setiap kali kalau pergi ke kedai kopi. Mungkin sebab ianya manis kerana ada campuran susu dan tidak terlalu pahit. Cappuccino adalah campuran espresso shot dengan sedikit susu. Yang banyaknya adalah foam di bahagian atas kopi tersebut. 

 

3. Cafe Latte

Latte adalah campuran espresso shot dengan susu segar yang dipanaskan. Lainnya dengan cappuccino adalah kuantiti foam di bahagian atas. Latte ini bila ditambah perasa lain seperti choco atau caramel jadilah Mocha Latte ataupun Caramel Latte. 

Bagi mereka yang gemar minum kopi secara perlahan-lahan sambil membaca buku, boleh lah memesan kopi jenis ini. 

 

4. Americano

Bahasa kampung untuk Americano adalah Kopi O. Ianya memang espreso shot dan ditambah dengan air panas sahaja. Amat sesuai untuk mereka yang tidak gemar kopi dengan susu. 

Kopi jenis ini dia pahit dan ada orang suka tambah gula dan ada yang suka minum sebegitu sahaja. Terpulang pada individu bagaimana mereka menggemari kopi mereka. 

 

5. Affogato

Affogato atau dalam bahasa Itali bermaksud "tenggelam". Ada yang memanggilnya sebagai pencuci mulut dan ada yang memanggilnya sebagai minuman. Affogato ini adalah beberapa skop ais krim vanila atua gelato dan dicurahkan dengan espresso yang panas-panas. Sedap sekali di makan sewaktu petang-petang kerana ianya manis dan dalam masa yang sama terasa pahit berlemak kopi itu. 

Kalau korang tidak berapa tahu menahu mengenai jenis-jenis kopi, tidak salah untuk bertanyakan pada barista agar dia dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Bagi yang baru pertama kali mahu merasa kopi, sayang lah kalau ter-order kopi yang tidak kena dengan tekak korang, betul tak? Lagi rugi kalau beli kopi mahal-mahal dan tidak sedap. Selamat menikmati secawan kopi!

*Sumber: Greatist

Jangan lupa untuk hadirkan diri ke Ekspo Maukerja 2017 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Daftarkan diri dengan hanya klik pada banner di atas. Jumpa anda semua di sana!