LPF Perjelas Tugas Dan Tanggungjawab Mereka Kenapa Ban Filem Beauty & The Beast Sebelum Ini
# Trending Semasa

LPF Perjelas Tugas Dan Tanggungjawab Mereka Kenapa Ban Filem Beauty & The Beast Sebelum Ini

post by Izuan

by Izuan

Mar 20, 2017
pada 5:15 PM

Rasanya semua dah tahu mengenai kontroversi filem Beauty & The Beast kan? Filem 'childhood' yang dinanti-nantikan oleh golongan generasi 80an dan 90an kembali dengan versi 2017.

Namun rasa teruja berubah kepada amarah dan hampa kerana filem tersebut kemungkinan tidak akan ditayangkan di Malaysia ekoran dengan isi kandungan yang diselitkan dalam satu babak tersebut mengandungi elemen gay.

Bagaimanapun, khabar berita mengenai pembatalan terebut masih belum sahih, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjelaskan kemungkinan babak akan ditapis namun dibangkang oleh pihak Disney, kontroversi makin rumit apabila babak "gay" tersebut manjadi viral dan ada yang mendakwa elemen yang digembar-gemburkan itu tidaklah seteruk mana.

Kata putus telah dibuat baru-baru ini bahawa filem Beauty & The Beast akan ditayangkan seperti biasa tanpa sebarang penapisan pada 30 Mac ini. Namun, pihak LPF terus menerima kecaman hebat oleh netizen keran dianggap bersikap yang tidak terbuka.

Oleh itu,  pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid tampil memberi keterangan kepada New Straits Times sebab dan alasan filem tersebut perlu dilarang pada awalnya. Lihat videonya di bawah ini:

" Kami Mempunyai Tanggungjawab Kepada Negara, Rakyat Dan Perlembagaan"

Petikan kata-katanya:

Malaysia does not recognise the LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender) ideology, so we have to be extra cautious in our work. We have our responsibilities to the country, the people and our constitution. If we let these scenes pass, people will wonder if Malaysia recognises LGBT. ...

....Our role is to balance the interests of our stakeholders which are the filmmakers, the government and the audience. We don’t want to cause the filmmakers to lose money so we need to look into audience interests. At the same time, we also have to look into safeguarding the country’s interests, which is to uphold national safety and security

We try to balance all these and that is why our job is challenging. It’s a very fragile balance.

That’s why we engage with the filmmakers as much as we can, and look at ways to expand our cooperation with them.

Terjemahan :

Malaysia tidak mengiktiraf ideologi LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), jadi kita perlu lebih berhati-hati dalam kerja kita. Kami mempunyai tanggungjawab kepada negara, rakyat dan perlembagaan. Jika kita biarkan adegan ini berlaku, orang akan tertanya-tanya jika Malaysia mengiktiraf LGBT....

....Peranan kami adalah untuk mengimbangi kepentingan pihak  pembuat filem, kerajaan dan penonton. Kami tidak mahu menyebabkan pembikin filem kerugian, jadi kita perlu melihat ke dalam minat khalayak. Pada masa yang sama, kita juga perlu melindungi kepentingan negara, iaitu untuk menegakkan perlindungan dan keselamatan negara.

Kami cuba untuk mengimbangi semua ini dan itulah sebabnya tugas kami adalah mencabar. Ia adalah dikira sensitif. 

Itulah sebabnya kita berkolaborasi dengan pembikin filem, dan melihat cara-cara untuk memperluaskan kerjasama kitadengan mereka.

Ada betulnya apa yang dikata, kalau dilepaskan begitu sahaja pasti akan wujud pula isu lain di mana LPF akan dituduh tidak peka. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada negara, rakyat dan perlembagaan.

Bayangkan jika kontroversi ini tidak berlaku mungkin akan wujud kecaman lain, LPF pula didakwa 'makan gaji buta'. Apa pun, harap kita bersikap lebih terbuka. fahami tanggungjawab, kerja dan tugas mereka.