Google Beri Penghormatan Kepada Lagenda P Ramlee Sempena Hari Jadi Ke 88!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Google Beri Penghormatan Kepada Lagenda P Ramlee Sempena Hari Jadi Ke 88!

post by Aisya

by Aisya

Mar 21, 2017
pada 4:17 AM

Cuba korang buka Google dan perasan tak ada sesuatu yang unik? Lihat pada doodle pada hari ini, agak-agaknya siapa tu? Bagi yanng masih tidak dapat teka, ia adalah doodle Allahyarham P. Ramlee seniman legenda yang pernah mewarnai layar TV pada masa dahulu dengan seninya yang cukup hebat!

Bersempena dengan hari jadi ke 88, Google berikan tribute kepada seniman ini dengan mempamerkan ilustrasi P. Ramlee di atas kerusi direktor, dengan skor musik di tangan, gitar di sebelahnya beserta dengan hailer di tangan kanan. Jelas menunjukkan seni seorang lagenda ini sebagai penyanyi, pelakon, komposer serta pengarah filem. 

Selamat hari jadi ke 88 lagenda Allahyarham P. Ramlee!

Ilustrasi ini mempamerkan lagenda seniman Malaysia P. Ramlee atau nama sebenarnya Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih yang pernah meninggalkan impak yang besar pada semua rakyat Malaysia dan dia berhak untuk diingati. 

Ini lah lagenda yang meninggalkan impak yang cukup besar pada budaya dan sejarah di Malaysia ini. Selamat hari Jadi ke-88 Allahyarham P. Ramlee!

 

Jangan lupa untuk daftarkan diri korang ke Ekpo Maukerja 2017 yang bakal berlangsung pada bulan April ini. Hanya perlu klik sahaja banner di bawah dan persiapkan diri dengan resume yang terbaik korang ada! Jumpa di sana nanti!