'Desperate' Sangat Nak Kerja, Bapa Kepada 3 Anak Ini Sanggup Bediri Tepi Jalan Sambil Tayang Resume
# Trending Semasa

'Desperate' Sangat Nak Kerja, Bapa Kepada 3 Anak Ini Sanggup Bediri Tepi Jalan Sambil Tayang Resume

post by Izuan

by Izuan

Mar 21, 2017
pada 5:46 AM

Mungkin dah naik fed up kerana tak menjumpai pekerjaan sejak tahun lepas, bapa kepada tiga orang anak ini bertindak melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Kevin Batcheler terpaksa berdiri di tepi jalan sambil tayang resume dengan harapan agar ada orang sudi mengambilnya bekerja.

Bekas pekerja binaan dari Caboolture Queensland itu telah menghabiskan lima tahun memandu forklift dan lima tahun lagi bekerja dalam industri pengangkutan.

Menurutnya. dia langsung tak ada rasa malu dan menganggap ia adalah satu cara paling baik untuk cari kerja.

Kevin Batcheler

Dari tindakkannya kita dapat lihat bahawa Batcheler memang terdesak memerlukan pekerjaan, manakan tidak, dia perlu menanggung anaknya.

Kebanyakan pengguna jalan membunyikan hon kepadanya sebagai tanda sokongan bagaimanapun masih belum ada kepastian samada dia sudah mendapat pekerjaan atau tidak.

Apapun, cara ini sebenarnya bukanlah pertama kali dilakukan oleh jobseeker, pada bulan Mei tahun lepas, seorang juruelektrik pelatih bernama Elliott mendapat pekerjaan selepas melakukan perkara yang sama di Princess Highway, Melbourne.

Elliot