Kelebihan Pekerja Kerajaan Dalam Buat Loan Yang Buatkan Swasta Makan Hati
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Kelebihan Pekerja Kerajaan Dalam Buat Loan Yang Buatkan Swasta Makan Hati

post by Aisya

by Aisya

Mar 24, 2022
pada 3:44 PM

Bila dah bekerja ni dan nak mulakan alam kehidupan fasa baru, mesti lah beli rumah pertama termasuk dalam perancangan kan? kalau nak tahu beruntung betul penjawat awam dalam soal loan perumahan ni. Kelebihan mereka ni memang membuatkan pekerja swasta cemburu hati dan amat lah rugi kalau korang sebagai penjawat awam sendiri tidak mengetahui kelebihan-kelebihan loan kerajaan ini. Ini dia perbandingan antara loan bank biasa dengan loan kerajaan. Untuk pekerja swasta makan hati je lah.

 

Ada apa pada pinjaman rumah biasa (dengan bank)?

Ini adalah basic information yang ramai sedia maklum, iaitu kadar loan rumah tak sama dari satu bank ke satu bank yang lain. ia juga bergantung berapa banyak pinjaman korang. Kadar faedah dengan bank biasa memang lagi tinggi berbanding loan kerajaan. Bukan kadar faedah je yang korang kena tengok, ada perkara lain juga iaitu:

 

1. Berapa Margin of Finance (MOF) kalau gunakan loan bank biasa?

Caranya sebegini, korang akan layak untuk dapatkan loan 90% untuk pembelian 2 hartanah pertama sahaja. Kemudian, hanya layak 70% untuk pembelian hartanah ke-3 dan seterusnya. Tapi ada juga bank yang bagi loan 100% untuk pembelian rumah pertama. Yang ini memang kena kaji dahulu.

 

2. Berapa lama tempoh pinjaman yang diberikan

Paling maksima tempoh pinjaman adalah selama 35 tahun atau sehingga berumur 65-70 tahun. Untuk tempoh bayaran ni pun berbeza mengikut bank jadi memang kena kaji dahulu sebelum ambil.

 

3. Bagaimana dengan kadar faedah bank yang perlu ditanggung?

Secara puratanya korang perlu tanggung kadar faedah sebanyak 4.65% tapi mungkin juga ada yang kena tanggung lebihh daripada ini. 

 

4. Layak ke kalau nak mohon?

Ianya bergantung pada Debt Service Ratio (DSR) dan skor kredit korang. Lain bank, lain DSR yang mereka tetapkan. Jadi DSR akan tentukan berapa had maksima jumlah loan yang korang pinjam dekat bank. Kalau lebih daripada kadar DSR yang ditetapkan, ada potensi loan rumah tu susah nak lepas. 

 

Kalau loan kerajaan pula macam mana?

Rugi betul kalau korang penjawat awam dan tak gunakan loan kerajaan kerana orang luar kalau boleh beriya nak gunakan pinjaman ini. Kelebihan paling ketara sekali adalah loan kerajaan kenakan kadar faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap tahun. Ada bermacam lagi perkara yang korang boleh bandingkan dengan loan biasa:

 

1. Margin of Finance (MOF) bagi loan kerajaan

Kebiasaannya, pemohon akan dapat 100% atau sehingga capai kadar maksimum kelayakan pembiayaan atau mana-mana yang lebih rendah.

 

2. Tempoh lama bayaran loan

Tempoh lama kena tanggung loan adalah selama 30 tahun

 

3. Macam mana dengan kadar faedah yang dikenakan?

Kadar faedah adalah sebanyak 4.00% dan ianya tidak akan berubah macam dekat loan bank biasa.

 

4. Semua penjawat awam layak ke?

Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok dan kelulusan pinjaman akan mengambil kira gaji bersih berdasarkan slip gaji. Boleh rujuk carta dibawah:

*Sumber: Gila Hartanah