Semua dah sedia maklum tentang cara presentation dibuat. Masukkan fakta-fakta penting dalam slides kemudian bentangkan di khalayak ramai. Baca semua isi penting yang kita nak sampaikan, kemudian selesai!


by Haziqah Muhamad
Semua dah sedia maklum tentang cara presentation dibuat. Masukkan fakta-fakta penting dalam slides kemudian bentangkan di khalayak ramai. Baca semua isi penting yang kita nak sampaikan, kemudian selesai!
Kita tak pernah ambil tahu sama ada mesej yang nak disampaikan tu sebenarnya sampai ke tak dekat pendengar yang lain. Kita cuma harap yang mereka dapat inputlah dari presentation kita tu.
Pernah terfikir tak apa tujuan presentation sebenarnya? Takkan sekadar untuk menyampaikan mesej je semata-mata? Macamana korang nak tahu sama ada presentation tu berkesan ke tak?
Haa sebenarnya presentation perlu melebihkan percakapan daripada sekadar slides saja. Kena banyak bergerak, berekspresi dan bergerak di kawasan sekitar.
Pembentang adalah subjek utama, bukannya backdrop
Selalunya presentation penuh dengan maklumat yang informatif. Penonton akan lebih tertumpu di skrin berbanding pembentang sendiri. Jika anda ingin tarik perhatian penonton, gaya penyampaian anda tu perlulah menarik.
Bagaimana nak tarik perhatian penonton?

Jika anda mahukan perhatian penonton, jangan letak semua fakta penting di slides anda. Jika anda letak sikit je fakta pada slides, penonton pasti akan tertumpu kepada anda kerana anda menghuraikan fakta tu dengan lebih jelas.
Tapi kalau anda letak semua fakta dalam slides, ia takde bezanya seperti membaca buku!
Pastikan penonton dapat mesej anda dalam tempoh 3 saat je
Jika mesej itu tak dapat disampaikan dalam masa 3 saat, maka mesej anda memang takkan difahami oleh penonton.
Letak isi penting saja
Letak informasi yang relevan saja. Ini akan memudahkan penonton untuk faham. Tidak perlu slides yang meleret-leret sehingga mengelirukan penonton. Lagi pendek slides, lagi bagus!
Tukarkan points dalam bentuk gambar

Selain sediakan maklumat dalam bentuk points, anda juga perlu kreatif. Letakkan gambar yang menarik secara bergilir-gilir supaya penonton tak akan mengantuk melihat slides yang penuh dengan tulisan je.
Spesifik
Jangan lupa letak informasi yang spesifik dan tak meleret. Sebagai contoh, jika topik anda mengenai pembaziran makanan, letakkan jumlah sebenar pembaziran makanan yang berlaku di negara kita. Barulah penonton boleh dapatkan bayangan sebenar mengenai presentation anda!
Sumber: Lifehack

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 : Johor Edition yang bakal berlangsung 19 August 2017 (Sabtu) di Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru!. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:
Menarik? Cepat dapatkan Ticket Express ke tempat temuduga. terhad kepada 6,000 pendaftar terawal, sekarang ni dah ada 3,000 tau! Jangan tunggu-tunggu lagi >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma