Pengalaman Bekerja Sebagai HR, Wanita Ini Kongsi Cara Recruiter Nilai Calon Pekerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Pengalaman Bekerja Sebagai HR, Wanita Ini Kongsi Cara Recruiter Nilai Calon Pekerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 14, 2021
pada 7:17 AM

Pengalaman Bekerja Sebagai HR, Wanita Ini Kongsi Cara Recruiter Nilai Calon Pekerja

Kalau kita lihat situasi sekarang ni, rata-rata ramai yang merungut tentang betapa susahnya nak dapat kerja. Kalau dulu, sesiapa yang ada degree pun dah kira bertuahlah sebab confirm akan dapat kerja punya nanti. Tak payah nak tunggu lama-lama. Tapi sekarang ni dah lain. Jangan kata degree, ada master pun belum tentu menjamin korang untuk dapat kerja tau. Sekarang ni ramai orang bijak pandai. Sebab tulah persaingan pun semakin sengit.

Tapi jangan salah faham pulak. Sijil pengajian tinggi korang tu laku je. Cuma korang kena letakkan usaha lebih sikit supaya pihak berkenaan akan notice 'kewujudan' korang. 

Puan Marlia Ramli yang merupakan seorang HR Manager di sebuah syarikat swasta ni berkongsi mengenai kriteria yang dipilih oleh recruiter dalam mencari calon pekerja. Diharap perkongsian ini dapat memberi sinar harapan buat mereka yang struggle dalam mencari kerja.

"Tapi akak cadangkan risik kerja seawal tiga bulan sebelum tamat tahun akhir"

"Mohon jangan hantar resume sependek bulu jagung."

"Pastikan datang seawal 15 minit sebelum sesi temuduga."

"Persiapkan diri dengan bacaan isu semasa, website company dan sedikit kajian tentang tugasan kerja."

"Mohon terima saja dulu sebarang bayaran yang ditawarkan."

"Kalau perlu, tarik lengan baju dan relakan hati kerja di lapangan sementara cukup tenaga kerja."

"Anda perlu berkemampuan mengambil alih tugas bos jika beliau tiada di pejabat."

Sumber: Facebook Marlia Ramli