Bukti Kiraan Penasihat Kewangan Ini Jumlah Kerugian Fresh Grad Tanggung Jika Beli Kereta
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bukti Kiraan Penasihat Kewangan Ini Jumlah Kerugian Fresh Grad Tanggung Jika Beli Kereta

post by Izuan

by Izuan

Sep 6, 2021
pada 2:57 PM

Bukti Kiraan Penasihat Kewangan Ini Jumlah Kerugian Fresh Grad Tanggung Jika Beli Kereta

Seringkali kita dengari nasihat dari mana-mana penasihat kewangan atau orang-orang hartanah kepada fresh grad bahawa beli kereta ada lah satu idea yang tak bagus berbanding rumah. Mereka hanya menjelaskan bahawa membeli rumah ini adalah lebih menguntung kan berbanding dengan kerata yang hanya merugikan sahaja.

Tapi kami yakin pasti fresh grad semua kurang jelas terhadap kesahihan tersebut. Oleh itu, penasihat kewangan Faiz Wahab ini menjelaskan secara terperinci membuat pengiraan perbelanjaan secara kasar kepada anda. 

Bagaimanapun ia terserlah kepada anda semua, lain orang lain cara kan? 

Kenapa Membeli Sebuah Kereta Bukan satu langkah Yang Terbaik Untuk Seorang Fresh Graduate

Saya Akan Buat Comparison & Keputusan Di Tangan Anda

Ini contoh fresh graduate membeli sebuah kereta My (bukan nama sebenar)

Ini adalah harga Kereta My 1.5 setelah berumur 5 tahun.

Selepas 5 tahun, fresh graduate tersebut sudah rugi RM 19,168 dari segi nilai kereta tersebut.belum termasuk kos penyelenggaraan, petrol, cukai jalan dan takaful.

Dengan menggunakan komitmen yang sama, RM1022, fresh graduate tersebut mampu untuk memiliki sebuah rumah bernilai RM200,000

Apa bezanya jika fresh graduate tersebut membeli rumah bernilai RM200,000 selepas 5 tahun

 

Selepas 5 tahun, nilai rumah tersebut meningkat kepada RM261,392

Secara kasarnya, fresh graduate tersebut telah untung RM61,392 selepas tempoh masa 5 tahun

Keputusan di tangan anda. Ini cuma kiraan kasar sahaja

Ada orang counter argument dengan beli kereta boleh buat uber/grab

Keputusan di tangan anda, boleh pilih mana yang anda nak. Semoga bermanfaat