STOP Rasa Malu! Ini 11 Bukti Bahawa Pilihan Yang Korang Buat Sebenarnya Bukan Masalah Besar Pun, Baca Sini!
# Gaya Hidup # Others

STOP Rasa Malu! Ini 11 Bukti Bahawa Pilihan Yang Korang Buat Sebenarnya Bukan Masalah Besar Pun, Baca Sini!

post by Ehsan

by Ehsan

Sep 6, 2019
pada 7:49 PM

Kita sering menyalahkan diri dengan cara hidup yang kita jalankan kerana menganggap kehidupan yang kita jalani tidak seperti yang disangkakan dan sesempurna orang lain. Acap kali kita melakukan perbandingan dengan kehidupan orang lain tidak kiralah secara sedar ataupun tidak. Kini tiba masanya untuk bangga dan berhenti menyalahkan diri sendiri dengan pilihan yang kita lakukan. 

 



 

11 perkara ini sering membuatkan seseorang cenderung untuk berasa malu dan menyesal mengapa sesuatu pilihan itu terjadi kepada diri kita:

1. Kerjaya yang kita pilih - gaji kecil dan melakukan pekerjaan diluar kebiasaan/norma masyarakat.

2. Ketidakupayaan dan kekurangan - kecacatan, setiap kekuatan & kelemahan berbeza, mungkin kekuatan di bahagian lain.

3. Kawan dan pasangan yang kita pilih - orang lain berasa kawan atau pasangan korang tak sesuai.

4. Asal usul - menerima masa lalu dapat membentuk 'self-love'.

5. Status hubungan - lebih selesa untuk single atau bercerai dengan pasangan, tak perlu fikir orang lain.

6. Menjadi berbeza daripada orang lain - minoriti, bangga dengan keunikan dan jadikan versi yang terbaik.

7. Benda yang korang tak boleh buat dan tak mampu beli - 'Labels should not define you'. 

8. Bentuk, ketinggian, berat tubuh badan - kesihatan lebih utama.

9. Perkara yang kita minat - selagi mana ia tidak mencederakan orang ramai.

10. Cara berpakaian - asalkan selesa pada tubuh badan.

11. Keguguran dan tidak dapat mengandung - kuat dan bukan menjadi masalah orang lain, berhenti menyalahkan diri. 

 

Mana antara perkara-perkara ini yang pernah korang alami dan adakah korang masih menyalahkan diri, pilihan dan takdir?