Kembali
Emjestic Global Resources Sdn Bhd banner company

Emjestic Global Resources Sdn Bhd Emjestic Global Resources Sdn Bhd is top company

Company SSM No 1407352-U · <50 Employees

Tentang Emjestic Global Resources Sdn Bhd

Perniagaan menjual baju Melayu secara suka-suka yang dibangunkan oleh dua bersaudara sejak tahun 2017 hanya dari rumah, kini telah berjaya mengembangkan empayar mereka dengan memiliki sebuah butik fizikal di Setia Alam dekat sini.

Pengasas syarikat, Zarif Azrie Zahari berkata, bisnes itu bermula apabila kesukaran sebelum ini untuk mendapatkan baju Melayu yang mengikut saiz badan agar nampak kemas telah memberi idea kepada mereka menempah 1,000 pasang baju Melayu untuk dijual kepada kumpulan sasaran.

"Sukar untuk mencari baju Melayu yang sesuai dengan saiz badan kerana kebanyakannya nampak besar dan longgar. Oleh itu, kami menempah baju mengikut saiz badan sendiri dan apabila dipakai, ia sangat selesa. Kami mempromosikan kepada rakan-rakan dan ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Bermula dari situ, kami tidak lagi menoleh ke belakang," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Musim perayaan tahun ini, syarikat dengan jenama Mjestic telah mengeluarkan sebanyak 30,000 baju Melayu 'slim fit' melalui pengedaran di lebih 15,000 rangkaian di seluruh negara.

"Fokus perniagaan kami adalah 60 peratus di platform dalam talian manakala sebahagiannya dari butik fizikal.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Operasi syarikat, Zarul Shafiz Zahari menerangkan, terdapat 35 pilihan warna baju Melayu 'slim fit' yang mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri dengan harga jualan antara RM169 hingga RM189 sepasang.

"Baju Melayu Mjestic mempunyai saiz antara XS hingga 3XL untuk lelaki berusia dari 18 tahun hingga 37 tahun yang mana terdapat zip di sisi dan lengan kerana ia mesra wuduk. Terdapat juga lapisan sedikit pada bahu supaya terlihat terletak dan menarik selain terdapat reka bentuk bunga di poket. Baju keluaran syarikat kelihatan lebih moden kontemporari dengan kolar berganda agar kelihatan lebih mantap dan tidak mudah berkedut," ujarnya. -KOSMO! ONLINE (15 April 2022)

Maklumat Emjestic Global Resources Sdn Bhd

Nama Syarikat

Emjestic Global Resources Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

-

No. SSM Syarikat

1407352-U

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

https://mjesticofficial.com/

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Emjestic Global Resources Sdn Bhd

No 19-1F, Jalan Setia Perdana BD U13/BD, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor, Malaysia