Kembali
CH Impian Trading banner company

CH Impian Trading

Company SSM No 0248857-K · <50 Employees · Construction / Building

Tentang CH Impian Trading

CH IMPIAN TRADING adalah sebuah syarikat enterprise milik bumiputra yang beroperasi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009. Pada mulanya syarikat ini beroperasi sebagai sebuah syarikat perunding bebas dibawah sektor Mekanikal & Elektrikal, merekabentuk sistem elektrikal untuk perumahan, premis/kilang dan juga menyelia projek. Syarikat kemudiannya mengambil inisiatif untuk menceburi ke bidang penyelenggaraan untuk sektor elektrik dan juga penghawa dingin.

 

          Diatas kerja penyelenggaraan yang telah dilakukan, syarikat telah mendapat kepercayaan dan menerima tawaran dari beberapa syarikat swasta di sekitar Pulai Pinang dan Kedah sebagai subkontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan elektrikal dan mekanikal.

 

          Dengan perkembangan syarikat yang positif, syarikat mengambil peluang untuk mendaftarkan syarikat ini di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai kontraktor berdaftar di bawah Gred G1. Adalah menjadi harapan dan iltizam kepada syarikat untuk menjadi sebuah syarikat yang professional, inovatif dan berintegriti seterusnya menyumbang dalam sektor pembangunan negara.

Maklumat CH Impian Trading

Nama Syarikat

CH Impian Trading

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Construction / Building

No. SSM Syarikat

0248857-K

Peluang Pekerjaan

0

Media Sosial Syarikat

social media