Kembali
Rekaskala Group Sdn Bhd banner company

Rekaskala Group Sdn Bhd

<50 Employees · Architecture / Interior Design

Tentang Rekaskala Group Sdn Bhd

Rekaskala Group Sdn Bhd merupakan syarikat hiasan dalaman yang baru didaftarkan pada 17 Oktober 2017 dan sebelum itu, ianya dinamakan sebagai Rekaskala Studio yang diperbadankan oleh syarikat Bumiputera. Kini dengan adanya penubuhan baru iaitu Rekaskala Group Sdn Bhd ini, perkhidmatan kami bertambah kukuh dan memberikan perkhidmatan yang terbaik serta idea-idea yang lebih menarik kepada pelanggan kami.

 

Rekaskala Group Sdn Bhd menjalankan jenis perniagaan perkhidmatan rekabentuk dalaman dan luaran bangunan. Fokus perkhidmatan kami kepada pemilik rumah iaitu di kawasan perumahan dengan memberi perkhidmatan merekabentuk dalaman rumah dan pengubahsuaian luaran rumah serta untuk bangunan komersial. Perkhidmatan kami termasuk menyediakan pelan susun atur dalaman rumah dan juga lukisan 3-dimensi serta merekabentuk perabot jenis kustom untuk rumah dan bangunan komersial sehingga siap dipasang.

 

Penyediaan perkhidmatan pengubahsuaian luaran rumah dan merekabentuk perabot adalah dibawah kilang kami RS Furniture PLT.

 

Pejabat Rekaskala Group Sdn Bhd terletak di lokasi yang strategik iaitu di Bertam Perdana Town Centre. Pemilihan lokasi ini adalah kerana terdapat kawasan perumahan yang sedang dan telah pun membangun di sekitar lokasi premis. Bertam Perdana merupakan kawasan komersial utama dan menjadi tumpuan ramai orang. Syarikat  Rekaskala Group Sdn Bhd juga mempunyai perekabentuk dalaman muda yang kreatif dan inovatif dalam memberikan idea-idea rekabentuk dalaman kepada klien untuk merealisasikan impian mereka

Maklumat Rekaskala Group Sdn Bhd

Nama Syarikat

Rekaskala Group Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Architecture / Interior Design

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0