Kembali
Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd banner company

Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd is top company

Company SSM No 985526-A · <50 Employees · Telecommunication

2 Peluang Pekerjaan

Tentang Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd

MyFon adalah jenama di bawah syarikat Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd (Reg. No. **5526A) yang di tubuhkan pada 5hb April 2012 dan menyasarkan sekolah sebagai pengguna perkhidmatannya. Syarikat ini juga beroperasi di bawah lesen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selaras dengan tagline MyFon: “Connecting You Every Moment”, tujuan utama MyFon ditubuhkan adalah untuk memudahkan pelajar berkomunikasi dengan ibu bapa semasa berada di sekolah dengan menawarkan perkhidmatan telefon awam berbayar.

Pada tahun 2016 MyFon telah mendapat anugerah Malaysian Commercialization Year (MCY) daripada MOSTI. Manakala Projek telefon awam berbayar Telefon Awam Pintar Pelajar Sekolah (TAPPs) adalah projek pertama MyFon dan telah di lancarkan secara rasmi pada tahun 2016 oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid.

Kerjasama MyFon dengan Tune Talk membawa MyFon lebih jauh dengan pelan data & panggilan dan liputan kawasan yang lebih meluas bagi pengguna kad SIM Prabayar Tune Talk MyFon.

Terbaru (September 2022) MyFon telah membentuk satu ikatan kerjasama yang strategik bersama MySTJ dan syarikat payment getaway Semua Pay untuk mewujudkan produk baru i-Kad yang mempunyai pelbagai fungsi; kad pelajar, kad telefon, kad kehadiran atau outing, dan e-Wallet.

Produk/perkhidmatan yang disediakan oleh MyFon;

  • i-Kad 
  • SIM Kad Prabayar Tune Talk MyFon
  • Kad Kool – kad telefon RFID 
  • Telefon awam – Terminal
  • School Pay
  • Pemegang SIM kad

Sehingga kini lebih dari 200 sekolah di seluruh semenanjung telah menggunakan perkhidmatan kami. Antara sekolah-sekolah tersebut adalah; Sekolah Tun Fatimah, SBPI Gombak, SMS Tuanku Jaafar, SMKA Putrajaya, SMS Sembrong, SMS Kubang Pasu, SMS Tapah, SMKA Kerian, SMKA (P) Al Manshoor, SMK Bukit Rahman Putra, SMK Bera, Mits Pandan Indah, SK Syed Sheh dan lain-lain.

Maklumat Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd

Nama Syarikat

Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Telecommunication

No. SSM Syarikat

985526-A

Peluang Pekerjaan

2

Laman Web Syarikat

https://myfon2u.com

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd

63A - 3 Blok H, Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak, WP Kuala Lumpur, Malaysia

Peluang Perkerjaan Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd

Eksekutif Jualan Sepenuh Masa

MYR1,500.00 - MYR2,800.00 Per Month
Closing
5 Jun 2024

Juruteknik Pendawaian Elektrik Sepenuh Masa

MYR1,500.00 - MYR2,500.00 Per Month
Closing
5 Jun 2024