Kembali
Juara Travel & Tour Sdn Bhd banner company

Juara Travel & Tour Sdn Bhd

Company SSM No 320807-M · 50-200 Employees · Customer Service / Helpdesk

Tentang Juara Travel & Tour Sdn Bhd

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.

Bermula sebagai sebuah syarikat kecil seramai 3 orang kakitangan, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka peluang pekerjaan dengan penubuhan cawangan kami di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak.

Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga kini. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Kami menggunakan khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalaman bagi menyantuni Jemaah umrah kami sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

Selain daripada pengurusan umrah kami juga berpengalaman membawa pelancong mengembara secara individu mahupun berkumpulan ke luar negara Sepanyol, Jepun, Korea, Indonesia, Turkey, Vietnam, China dan lain-lain. Juara Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai kakitangan yang cekap dan pakar dalam bidang tugas masing-masing. Kepakaran perunding kami memudahkan tetamu kami memilih itinerari penerbangan dan destinasi percutian mereka.

Maklumat Juara Travel & Tour Sdn Bhd

Nama Syarikat

Juara Travel & Tour Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Recruitment Agency

Saiz Syarikat

50-200

Industri

Customer Service / Helpdesk

No. SSM Syarikat

320807-M

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

www.juaratravel.com.my

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Juara Travel & Tour Sdn Bhd

Juara Travel & Tours Sdn Bhd No 1-2-1, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Tmn Nirwana, 68000, Ampang, Selangor., Ampang, Selangor, Malaysia