93% Majikan Rujuk Media Sosial Korang Untuk 'Hire' Pekerja, Elak 'Post' Benda Merepek Kalau Taknak Kantoi!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

93% Majikan Rujuk Media Sosial Korang Untuk 'Hire' Pekerja, Elak 'Post' Benda Merepek Kalau Taknak Kantoi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 21, 2017
at 2:56 AM

Kalau dulu, media sosial hanya dijadikan sebagai platform untuk berhibur dan berhubung dengan rakan-rakan. Kalau dah nama pun tempat berhibur tu, memang macam-macam bendalah yang korang share kat situ kan. 

Tapi korang tau tak betapa pentingnya media sosial dalam proses pengambilan kerja sekarang ni? Ada ke majikan yang 'rajin' nak pergi belek profile media sosial calon pekerja mereka sorang-sorang? 

Haa, jangan tak tahu ye. Sekarang ni dah ramai majikan yang gunakan media sosial untuk tujuan pengambilan kerja. Menerusi media sosial, majikan akan lebih mengenali personaliti seseorang kerana di sanalah 'true colour' mereka akan lebih menonjol. Betul, kan?

Sosial Media Mana Yang Menjadi Perhatian?

1. LinkedIn

79% recruiter telah menggunakan LinkedIn untuk hire pekerja. Kebanyakan recruiter menggunakan LinkedIn untuk mengambil pekerja bermula dari proses pencarian calon sehinggalah mengambil mereka masuk ke dalam syarikat.

2. Facebook

26% recruiter mengambil pekerja menerusi Facebook.

3. Twitter

14% recruiter pula mengambil pekerja menerusi Twitter.

Bagaimana Untuk Membuat Profile Media Sosial Yang Baik?

Cara Kawal Profile Facebook Anda

Memanglah kita mempunyai hak untuk menyuarakan dan melakukan apa saja dengan akaun Facebook kita. Mungkin kawan-kawan kita faham yang kita memang jenis macamtu. Tapi macamana pulak bagi mereka yang tak kenal kita? Katakan kita ni jenis memang suka post status mencarut atau kurang sopan, korang rasa apa tanggapan bakal majikan terhadap diri korang? 

Selain tu, kalau korang nak update status, pastikan ejaan sentiasa betul. Jangan mengeja macam budak sekolah ye. Penting tau!

Pendek kata, jangan post perkara bukan-bukan di Facebook korang tu. 

Cara Kawal Profile Twitter Anda

Kebanyakan tips sama je dengan apa yang dikatakan pada point sebelumnya. Cuma mungkin korang boleh pertimbangkan untuk aplikasikan tips ini:

  • Gunakan nama dan gambar yang sama dengan media sosial yang lain
  • Link kan akaun twitter korang dengan akaun media sosial yang lain

Cara Kawal Profile LinkedIn Anda

LinkedIn merupakan antara platform paling penting dalam proses pengambilan kerja. Majoriti majikan menggunakan platform ini untuk mencari pekerja.

  • Gunakan gambar yang formal dan profesional
  • Kemas kini pengalaman kerja dari semasa ke semasa
  • Kemas kini bahagian pendidikan dan highlightkan kelayakan korang supaya recruiter jelas dengan kebolehan yang korang ada
  • Sentiasa connect dengan yang lain. Lagi banyak korang buat connection, lagi senang recruiter nak jumpa akaun korang
  • Follow syarikat-syarikat yang relevan dan berkaitan. Ini menunjukkan yang korang ni betul-betul berminat dengan bidang korang tu
  • Tulis ringkasan mengenai diri anda dengan gaya yang menarik dan highlightkan kelayakan terbaik korang

Sumber: Lifehack