Guna 5 Cara Ni Untuk Yang Tak Berani Nak Sebut 'Expected Salary' Sebab Taknak Dilabel 'Demand' Oleh Interviewer
# Pengetahuan Interview

Guna 5 Cara Ni Untuk Yang Tak Berani Nak Sebut 'Expected Salary' Sebab Taknak Dilabel 'Demand' Oleh Interviewer

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 2, 2021
at 8:00 AM

Guna 5 Cara Ni Untuk Yang Tak Berani Nak Sebut 'Expected Salary' Sebab Taknak Dilabel 'Demand' Oleh Interviewer

Expected salary adalah antara soalan maha sukar untuk dijawab ketika sesi temuduga. Bukan apa, sekali jawab salah majikan kata demand pula. Tak gitu?

Tapi, ada cara sekiranya korang nak nampak bijak ketika menjawab soalan ini. Lebih meyakinkan dan nampak anda seorang yang professional.

Oleh itu, kami ada kumpulkan 5 cara untuk anda jawab soalan ini. Faham dan hafal, semudah ABC !

1. Saya tak mempunyai angka gaji yang spesifik untuk diminta. Tetapi masa saya bekerja dulu, gaji saya dibayar dalam (nilai gaji terdahulu).

2. Saya sangat terbuka sekiranya tuan ingin berbincang mengenai gaji. Tetapi gaji saya pada masa dulu (nilai gaji terdahulu). 

3. Berdasarkan kepada pengalaman yang saya ada, saya berminat sekiranya saya ditawarkan gaji sebanyak (nilai gaji yang ingin diminta). 

4. Berapa bayaran yang ingin dibayar sekiranya tuan mahu mengambil seseorang itu bekerja?

5. Sebelum saya tawarkan nilai gaji yang saya inginkan, boleh tuan terangkan tentang tanggungjawab syarikat ini?