4 Cara Nak 'Follow Up' Dengan Bakal Majikan Selepas Interview Tanpa Nampak Terlalu Mendesak
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Cara Nak 'Follow Up' Dengan Bakal Majikan Selepas Interview Tanpa Nampak Terlalu Mendesak

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 6, 2017
at 12:37 AM

Seronoknya bila dah berjaya tamatkan sesi interview dengan sesebuat syarikat. Rasa macam sebelah kaki dah berjaya melangkah masuk ke alam pekerjaan. 

Tapi, hari berganti hari, minggu berganti minggu, syarikat tempat korang interview tu tak hubungi korang semula.

Eh, dapat ke tak aku kerja ni ye? 

Perlu ke aku call diorang tanya status interview tu?

Kalau call nampak macam desperate sangat tak?

Haa ni antara soalan yang bakal bermain-main di fikiran korang, kan? Kalau tak call, nanti tak senang duduk. Kalau call, nanti diorang ingat korang mendesak sangat pulak.

Jadi, kalau jadi situasi macam ni, macamana nak buat ye? Ikut 4 langkah ni kalau korang nak tahu status sama ada korang dapat ke tak kerja tu tanpa menampakkan yang korang ni terlalu mendesak.

1. Ucap terima kasih

Apa yang membezakan antara seorang individu dengan individu lain? Ya, sikap. Sikap yang penuh dengan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang tu kelihatan lebih menonjol dengan yang lain. Bila tamat je interview, jangan lupa hantarkan pesanan ringkas ataupun email ringkas kepada interviewer rasa terima kasih kepada mereka sebab sudi luangkan masa interview korang haritu. Sekurang-kurangnya ni dapat bagi bonus point untuk korang sekiranya korang mendapat markah seri dengan calon lain. Tak mustahil masa depan korang boleh bertukar dengan hanya menghantar ucapan terima kasih tu je. Jangan pandang remeh ya!

2. Minta feedback untuk perbaiki kelemahan

Ramai yang tak tahu sebenarnya calon boleh minta interviewer bagi feedback setelah tamat sesi interview. Selain boleh memperbaiki kelemahan diri untuk interview akan datang, ini juga boleh 'buka mata' interviewer yang korang ni mempunyai sikap yang sentiasa ingin memajukan diri sendiri. Sikap ni sangat diperlukan oleh sesebuah syarikat sebab mereka tahu individu sebegini boleh bantu untuk memajukan syarikat.

3. Minta untuk kekal berhubung

Yang dimaksudkan di sini adalah kekalkan perhubungan secara profesional. Secara idealnya, di LinkedIn (kalau anda tiada akaun LinkedIn, mungkin sekarang adalah masanya!) sebagai contoh. Ini bukan sahaja mampu meluaskan jaringan profesional anda, malah anda mungkin akan kembali bertemu mereka di masa hadapan, sama ada dalam temuduga lain atau sebagai rakan sekerja! LinkedIn merupakan saluran yang sangat berguna untuk survival di industri, jadi tak kira sama anda baru tamat belajar atau ingin bertukar kerja, LinkedIn merupakan ‘senjata’ utama anda! 

4. Buat susulan tentang interview korang

Korang ada hak untuk tanya keputusan interview korang tu sebenarnya. Bila korang buat macam ni, interviewer akan fikir dan anggap yang korang memang serious dengan jawatan yang dipohon (betul-betul nak). Korang juga perlu tahu status keputusan interview korang tu sebab kalau tak berjaya, korang bolehlah mula apply kerja di tempat lain pula, kan? Tapi ingat, jangan pulak korang pergi call diorang setiap hari. 

Rujukan: Blog Sarawakyes