Mungkin harapan korang untuk mendapatkan pekerjaan terlalu tinggi, bermacam-macam persediaan dilakukan bagi memastikan segalanya berljalan lancar, berlatih, kaji selidik, dan termasuklah mendalami soalan-soalan tricky yang mungkin majikan tanya.


by Haziqah Muhamad
Mungkin harapan korang untuk mendapatkan pekerjaan terlalu tinggi, bermacam-macam persediaan dilakukan bagi memastikan segalanya berljalan lancar, berlatih, kaji selidik, dan termasuklah mendalami soalan-soalan tricky yang mungkin majikan tanya.
Apabila hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, segala soalan yang ditanya korang jawab je, manakan tidak nak dapatkan kerja kan? Kena lah turutkan segala pertanyaan dan permintaan interviewer, tapi kena ingat ada soalan-soalan yang mereka tak patut tanya. Jauh meleset dari bidang kerja atau mungkin mereka ada 'niat lain'.
Korang ada hak untuk jawab balik, bagaimana? Disini merupakan jenis soalan dan cara menjawabnya, sususan ayat yang teratur agar tak nampak kasar, `tapi jika mereka labelkan korang kurang ajar, tak apa sebab soalan yang ditanya tidak ada kaitan dengan prestasi syarikat pun.
Dengar macam satu pujian kan? Tapi sebenarnya soalan ini berbaur kewangan peribadi korang, ia mungkin akan memberikan kesan dalam rundingan gaji nanti. Tak ramai majikan akan bertanyakan soalan sebegini namun masih terdapat segelintir daripadanya cuba 'gali' mengenai hal peribadi korang.
Ada juga yang bertanyakan mengenai komitmen korang, jangan mendedahkan segala-galanya kerana mungkin ini soalan 'tricky' majikan untuk mengukur tahap profesionalisma korang dalam mendapatkan pekerjaan
Cara Respon :
Jangan takut untuk menjawab begini " Saya teruja dan bangga menerpa ilmu di kolej ini,maaf saya kurang selesa untuk mendedahkan mengenai hal kewangan peribadi saya"
Sebenarnya mesej yang disampaikan adalah "Awak ni orang apa?" Soalan sebegini melibatkan isu perkauman dan sangat sensitif jika ditanya, kalau didalami soalan ni mungkin agak 'offensive' kerana melibatkan paras rupa calon.
Selain itu, mungkin majikan musykil dengan nama anda, ya lah ada sahaja calon yang mempunyai kacukan dari negara jiran, jadi mereka musyikil. Mungkin niat majikan baik untuk beramah mesra, tapi soalan begini masih tak elok ditanya sewaktu temuduga.
Cara Respon :
Selindung mengenai diri korang dengan pusing semula ayat seperti ini "Saya dan keluarga merupakan warga tempatan di Malaysia yang menepati kelayakkan syarikat ini mahukan" Cakap dalam nada yang baik dan penuh dengan senyuman yang ikhlas.
Soalan ini biasanya ditanya kepada calon yang baru berkahwin, mungkin syarikat tersebut memerlukan pekerja untuk bekerja lebih masa. Tapi tak bermakna mereka boleh tanya soalan yang jauh mendalam kearah keperibadian. Memang kita ingin bekerja, tapi kita tetap manusia.
Cara Respon :
Mungkin ada terlintas kemarahan didalam diri korang, tapi jangan terus melatah, jawab dengan baik, dan majikan akan faham. "Soalan ini terlalu menjurus kearah keperibadian, dan saya begitu teruja jika kita membincangkan kelayakan saya untuk kerja di syarikat ini, saya lebih suka menumpukan kepada kerja"
Mungkin korang terlalu teruja untuk memberitahu semua perkara kepada majikan kerana ingin mendapatkan jawatan tersebut. Tapi harus diingatkan bahawa kita mohon kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja.
Tak semua soalan yang diajukan itu bagus, soalan sebegini bukanlah soalan mencabar yang calon perlu hadapi, jika majikan ingin menguji kredibiliti calon, masih terdapat soalan lain yang tidak berunsurkan keperibadian.