Kalau Ada Perancangan Sambung Master, Kena Tahu Dulu 3 Jenis Pengenalan Asas Ini
# Pengetahuan Pekerja

Kalau Ada Perancangan Sambung Master, Kena Tahu Dulu 3 Jenis Pengenalan Asas Ini

post by Izuan

by Izuan

Sep 5, 2021
at 7:40 AM

Kalau Ada Perancangan Sambung Master, Kena Tahu Dulu 3 Jenis Pengenalan Asas Ini 

Niat tu dah ada nak sambung Master's Degree. Master apa pun dah rancang siap-siap cumanya tak tahu nak ambil mod yang mana? Korang tahu tak yang Master ni ada 3 jenis mod yang boleh dipilih? Kalau korang pening tak tahu nak ambil yang mana, ini artikel amat lah membantu korang semua. Jom ketahui 3 jenis mod untuk sambung Master's Degree agar korang boleh rancang secara lebih terperinci:

1. Kalau nak datang kelas sama seperti study Degree dulu, ambil lah mod 'coursework'

Kalau korang rasa nak teruskan kelas sama seperti waktu Degree dahulu, boleh lah ambil mod ini. Lebih kurang sama je macam Degree di mana korang kena datang kelas setiap hari dan ada peperiksaan setiap hujung semester. Kalau korang lulus semua paper boleh lah grad dengan jayanya! 

 

2. Buat research semata-mata

Okay kalau mod ni, korang tak perlu pergi ke kelas dan yang bestnya tak ada peperiksaan. Mod ni adalah antara korang dengan supervisor je sebab korang perlu berjumpa dengan supervisor untuk menyiapkan research. Apa yang korang perlu alert adalah colloquium, ia adalah sama seperti bengkel, talk dan paper presentation untuk korang nak tambah lagi skill dalam melakukan research ni.

 

3. Kalau nak dua-dua, ambil 'mixed-mode'

Okay kalau korang nak merasa kedua-dua mod iaitu buat research dan juga ambil exam, boleh lah ambil yang ini. Korang kena pergi kelas, ada exam macam biasa dan yang bezanya adalah di hujung semester, pelajar kena siapkan satu research atau dikenali sebagai dissertation. Macam waktu Degree korang kena buat FYP kan? Sama lah juga cuma mungkin sesi pemarkahan tidak sama. Ada VIVA sama sahaja dan ianya boleh berikan korang pengalaman yang berbeza. 

*Sumber: Jepri Zulkepli