Ramai Calon 'Terkena', Elak Ditipu Interviewer Masa Temuduga Kalau Mereka Beri 4 Jawapan Ni
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ramai Calon 'Terkena', Elak Ditipu Interviewer Masa Temuduga Kalau Mereka Beri 4 Jawapan Ni

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 19, 2017
at 5:36 AM

Sebenarnya bukan calon-calon sahaja banyak menipu masa temuduga, majikan juga sama. Cuma disebabkan calon-calon kurang arif dalam bidang pekerjaan yang mengaburi mata,. Namun ada calon-calon mempunyai pengalaman temuduga ditempat lain dan bekerja pasti dapat hidu penipuan mereka ini.   

Cara mereka yang cuma memberi harapan tinggi kepada calon, hakikatnya semua itu hanyalah "indah khabar dari rupa" sahaja. Ada juga yang cuba 'perangkap' calon untuk bekerja dengan mereka walaupun pada dasarnya calon tidak berminat untuk bekerja disitu. 

Kesannya, menyesal di kemudian hari. Kebiasannya calon-calon yang baru menukar pekerjaan atau pun graduan muda menjadi 'umpan' mereka.  Jika anda mendengar kata-kata ini keluar dari mulut mereka bersiap sedia kerana semua tu hanya dusta semata-mata. 

1. "Kami Tak Tahu Lagi Berapa Purata Gaji Untuk Jawatan Ini, Kami Akan Bincang Dengan Pihak Pengurusan Nanti" 

Sebenarnya mereka mahukan calon tersebut tapi gaji yang ditawarkan tidak menepati kehendak calon, kemungkinan majikan sebenarnya mahu berikan lebih rendah daripada piawaian yang sepatutnya. 

Kemungkinan mereka telah tetapkan awal-awal cuma ttidak mahu dedahkan kepada anda sehingga tandantangan perjanjian telah dibuat. Dari situ calon pasti mula menyesal apabila lihat gaji yang ditulis dalam surat perjanjian itu sangat mendukacitakan. Mahu atau tidak terpaksa terima, kerana telah membuat keputusan untuk tinggalkan kerja lama. 

2. "Gaji Disini Rendah, Tapi Syarikat Ini Punya Manfaat Memang Bagus" 

Adakah manfaat yang ditawarkan itu boleh membantu tanggungan kehidupan seharian hidup anda? Kalau boleh itu tiada masalah, tapi biasanya ini adalah 'trick' majikan untuk 'cut cost' bajet mereka. Bandingkan kos manfaat yang diberikan dengan kos bulanan anda, nilaikan semula adakah ia mampu meringankan beban komitmen anda. 

3. "Tak Apa Kami Akan Cari Pekerja Lain Untuk Membantu Kerja Awak" 

Biasanya majikan akan menjelaskan skop kerja kepada anda. Sebagai seorang yang dah berpengalaman calon tersebut boleh tahu samada kerja itu diluar kemampuan atau tidak. 

Bagaimanapun, dengan pengalaman dalam bidang yang sama sewaktu latihan industri pasti calon graduan muda juga tahu bagaimana bebanan kerja tersebut. Itu sebablah pentingnya kaji selidik latar belakang syarikat, kalau ada yang tak kena dan ini yang keluar dari mulut mereka semasa temuduga. Fikir betul-betul! 

4. "Bajet Kami Tak Cukup Untuk Bagi Awak Banyak Ini, Apa Kata Awak Kerja Dulu, Kalau Awak Prestasi Memberangsangkan Kami Naikkan Pangkat Awak Dengan Cepat!" 

Bila sudah terima kerja, hampir setengah tahun tapi mendiam. Kerja dilakukan memang berjalan dengan lancar, apabila di tanya majikan pasti akan beri respon prestasi kerja yang tak bagus.Walhal  anda sudah berhempas pulas untuk menjadikannya yang terbaik, ada respon tetapi tidaklah menepati sasaran yang tinggi melambung seperti mana yang telah ditetapkan. Jadi, pertimbangkan semula jika kata-kata ini keluar dari mulut mereka