Baru-baru ini, seorang jurutera yang bekerja di syarikat ternama, Apple telah dibuang kerja gara-gara membenarkan anaknya mengambil video menggunakan keluaran siri iPhone terbaru iaitu iPhone X.


by Haziqah Muhamad
Baru-baru ini, seorang jurutera yang bekerja di syarikat ternama, Apple telah dibuang kerja gara-gara membenarkan anaknya mengambil video menggunakan keluaran siri iPhone terbaru iaitu iPhone X.

Perkara tersebut 'kantoi' apabila video anaknya, Amelia Peterson yang dimuat naik di dalam Youtube telah menjadi viral secara tiba-tiba. Di dalam video tersebut, Amelia dikatakan sedang merakam kunjungannya ke pejabat bapanya, Ken Bauer. Dalam video itu, Bauer dilihat menggunakan aplikasi Apple Pay di iPhone tersebut, sebelum menyerahkan telefon itu untuk digunakan anaknya. Akibat penularan video tersebut, Bauer akhirnya dibuang kerja.

Selepas dibuang kerja, anak perempuannya itu telah memuat naik satu video di Youtube bagi menjelaskan situasi yang sebenarnya. Dalam video tersebut Amelia menjelaskan yang mereka sekeluarga tidak marah dengan tindakan yang diambil oleh pihak Apple. Cuma mereka berharap agar pihak Apple akan memperincikan lagi perihal undang-undang dan tatatertib memandangkan Bauer tidak tahu yang mengambil video dan gambar telefon di dalam kawasan syarikat adalah merupakan satu kesalahan.
Menurut Amelia lagi, bapanya merupakan seorang pekerja yang rajin dan berhemah dalam pekerjaannya. Sekiranya dia tahu tindakannya itu menyalahi undang-undang syarikat, pasti bapanya akan melarangnya berbuat demikian. Tambahan pula, dia tidak mempunyai apa-apa niat jahat pun semasa memuat naik video tersebut.