Sudah Lebih 640 Permohonan Dibuat, Namun Belum Ada Majikan Pun Yang 'Offer' Lelaki Ni Kerja
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Sudah Lebih 640 Permohonan Dibuat, Namun Belum Ada Majikan Pun Yang 'Offer' Lelaki Ni Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 31, 2017
at 1:03 AM

Susah nak ungkap samada kerja yang susah nak cari atau jobseeker yang sambil lewa, kalau sebelum ini kami ada kongsikan mengenai sikap jobsekeer  yang tak seolah-olah tak serius dalam kerja, tapi lain pula dengan kes ini.

Sejak kehilangan kerja lapan bulan lepas, pemuda ini sudah lakukan bermacam-macam cara untuk mendapatkan kerja namun masih lagi menganggur.

Joshua Mitchell, Sudah Menghantar 640 Permohonan, 20 Setiap Minggu, Tapi Masih Jobless

Joshua Mitchell telah memohon  kerja di lebih daripada 640 majikan sepanjang tempoh lapan bulan yang lalu. Pemuda berusia 22 tahun itu berkata dia memohon untuk "sekurang-kurangnya 20 pekerjaan seminggu".

Semuanya bermula pada September tahun lalu apabila dia diberhentikan selepas syarikat lamanya bertukar pemilik. Sejak itu cuba mencara kerja melalui pelbagai platform, di laman media sosial dan berkujung ke syarikat itu sendiri untuk mengetahui kelayakan, kemudian 'Follow up' selepas satu atau dua minggu.

Sampai pada satu tahap dia terpaksa berdiri di tepi jalan dengan memparkan iklan "saya sedang mencari kerja" bersertakan nombor telefon bimbitnya.

Sampai Terpaksa Berpindah Bandar Kerana 'Mati Akal' Dah Tak Tahu Kat Mana Tempat Lagi

Setelah penat mencari kerja di seluruh bandar, Mitchell yang tinggal Mackay terpaksa berpindah ke Brisbane, semata-mata kerana dia merasa tiada tempat yang boleh ditanya unuk mencari kerja.

 "Sudah tentu, setiap hari saya berasa seperti telah putus asa. Saya dah melakukannya beberapa bulan dan asyik ditolak, saya satu-satunya cara ada  keluar dari kitaran ini untuk mencari pekerjaan." Katanya, beliau telah mencari kerja dalam bidang peruncitan atau perkhidmatan tetapi kini mencari apa-apa pekerjaan yang tersedia.

Mitchell Anggap Insentif Dari Kerajaan Negeri Untuk Membantu Anak-Anak Muda Yang Menganggur  Dalam Jangka Masa Panjang Itu Macam Tidak Berfungsi

Dia telah dimaklumkan mengenai potensi majikan menerima Skilling Queenslanders, sebuah insentif kewangan apabila sesebuah majikan sedang mencari kerja akan menerima peruntukan sebanyak $10,000 untuk menggajikan pekerja baru.

Namun ia seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan, "saya sudah menjalakn kaji selidik mengenai majikan menerima insentif $10,000 daripada kerajaan tapi ia seperti tidak digunakan". Katanya.

Insentif yang diberikan oleh kerajaan Queensland bagi membendung kadar pengangguran dalam golongan muda di kawasan tersebut.